32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Penanam Sacha Inchi Negeri Sabah bakal ditubuhkan, galak lebih ramai pengusaha: James Ratib

James membuat tinjauan Ladang Sacha Inchi milik Julian Lian dan mendengar penerangan tentang teknik penanaman.

KENINGAU: Persatuan Penanam Sacha Inchi Negeri Sabah bakal ditubuhkan bagi menggalak lebih ramai pengusaha berasaskan produk tersebut memperoleh pendapatan lebih lumayan.

Menegaskan perkara itu, Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan Negeri Sabah, Datuk James Ratib berkata, potensi tanaman Sacha Inci terbukti boleh menjana pendapatan jika diusahakan secara komited dan komprehensif.

Katanya, beliau bersiap sedia menjadi penaung kepada persatuan itu bagi meneroka pasaran serta mewujudkan kilang pemprosesan untuk tujuan komersial diperingkat negeri, negara dan antarabangsa.

Ladang Sacha Inchi yang diusahakan sendiri oleh Datuk James Ratib.

“Saya bersedia menjadi penaung persatuan dan sebagai perantara kepada pihak kementerian untuk memberikan panduan dan kursus lanjutan kepada ahli persatuan agar mereka lebih faham teknik penanaman dan penjagaan serta perundangan yang betul untuk menghasilkan produk yang berkualiti”. Jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam lawatan ke Ladang Sacha Inchi milik Julian Lian di kawasan perkebunan Ulu Bunsit, Bingkor, Keningau pada Sabtu. Terdapat lebih kurang 1,200 pokok Sacha Inchi berusia sekitar lapan bulan ditanam diladang tersebut.

Namun demikian katanya, pengusaha Sacha Inchi yang ada di negeri ini perlu memenuhi skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman seperti mana yang termaktub dalam terma dan syarat ‘Malaysia Good Agricultural Practice (myGAP).

Datuk James, bergambar berlatar belakang ladang Sacha Inchi yang diusahakannya sendiri

“Terdapat tujuh elemen amalan dalam myGAP untuk memenuhi piawaian yang ditetapkan Kementerian Pertanian. Bermakna para pengusaha tumbuhan ini perlu mematuhinya kerana tidak semua tanaman atau benih boleh dibeli atau di import sewenang-wenangnya untuk tanaman tempatan di negeri ini”. Tegasnya.

James yang juga Adun Sugut berkata, dengan tertubuhnya sebuah persatuan penanam Sacha Inchi di negeri ini, beliau yakin Sabah berpotensi menjadi sebuah hub pengeluar produk berkenaan pada masa akan datang.

Katanya, kawasan-kawasan pedalaman seperti daerah Keningau, Pensiangan dan Paitan antara lokasi yang sesuai dibangunkan tanaman Sacha Inchi bagi menggalakan lebih ramai penduduk kampung menceburi pertanian tersebut.

Antara tanaman Sacha Inchi yang terdapat di Ladang Julian Lian.

“Jika persatuan ini mampu berkembang, sudah tentu mereka boleh mendapatkan pelbagai kemudahan daripada pihak kerajaan termasuk dana sesuai untuk membesarkan ladang mereka kelak”. Jelasnya lagi.

James turut mengalu-alukan penyertaan golongan belia untuk mengusahakan tanaman Sacha Inchi kerana tanaman ini agak singkat mengeluarkan hasil iaitu sekitar enam ke lapan bulan sahaja.

Buah Sacha Inchi yang matang dan boleh dipasarkan.

Fakta mengenai khasiat tumbuhan ini mengatakan, tumbuhan kekacang Sacha Inchi (Plukenetia volubilis) ini berasal daripada Hutan Amazon Peru dan sudah lama ditanam serta digunakan sejak beribu tahun yang lalu oleh masyarakat orang asli Inca di Peru sebagai bahan ubatan.

Minyak Sacha Inchi membekalkan antioksidan yang tinggi yang dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan termasuk rawatan pelbagai penyakit kronik termasuk untuk kesihatan kulit dan rambut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN