26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau kini sah, berdaftar di bawah ROS

Rafie Robert

KENINGAU: Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau kini sudah sah dan boleh menjalankan aktiviti secara rasmi setelah ia didaftar oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)pada 14 Disember lalu.

Pengerusi Penajanya, Rafie Robert berkata, ahli jawatankuasa penaja akan bermesyuarat pada masa terdekat bagi membentuk satu ahli jawatankuasa yang baharu persatuan berkenaan.

Katanya, matlamat penubuhan persatuan itu ialah menjadikan Daerah Keningau sebagai pusat pelancongan yang setara dengan daerah-daerah pelancongan lain di negeri ini dengan mengetengahkan produk-produk pelancongan berunsurkan alam semula jadi seperti bukit dan sungai, serta kepelbagaian kebudayaan yang terdapat di daerah ini.

“Melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan muda dalam perusahaan pelancongan di daerah ini, sekaligus menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan yang mampu meningkatkan ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia dan beliawanis.

“Menjadikan Daerah Keningau sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong daripada dalam dan luar negara.

“Memelihara serta memulihara kepelbagaian alam semula jadi serta kebudayaan yang terdapat di daerah ini agar kekal menjadi tatapan generasi akan datang,” jelasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, selain itu tujuan penubuhan pertubuhan itu ialah bagi mempromosikan produk-produk pelancongan serta kebudayaan yang terdapat di daerah ini dan bagi membantu kerajaan dalam meningkatkan industri pelancongan di daerah Keningau.

Beliau berharap agar persatuan ini akan dapat berfungsi dengan baik dan berkesan agar objektif utamanya untuk meningkatkan kedatangan pelancong di daerah ini dapat direalisasikan.

Beliau turut berharap agar pengusaha-pengusaha pelancong yang terdapat di daerah dapat menyertai persatuan ini agar produk pelancongan mereka dapat diketengahkan dan seterusnya dapat saling membantu antara satu dengan yang lain melalui persatuan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN