32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan KUMAJU tampil bantu Hospital Ranau, lebih 50 pain darah berjaya dikumpul

Sebahagian ahli Rider Foodpanda Ranau merakam gambar bersama Datuk Jonathan (berdiri tengah), Benedict dan Nazarul.

RANAU: Persatuan Usahawan Maju negeri Sabah (Kumaju) dipuji kerana tampil membantu mengisiTabung Darah Hospital daerah Ranau, menerusi program Menderma Darah di Tapak Tamu pekan, di sini pada Sabtu.

Program tersebut telah dirasmikan Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin.

Jonathan dalam ucapannya, memuji panganjur (Kumaju) kerana berinisiatif mengelola program dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Ranau yang sentiasa memerlukan bekalan darah untuk kegunaan hospital.

Menurut Jonathan, kempen derma darah adalah aktiviti murni yang perlu diberikan sokongan dari semua pihak yang layak menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan bekalan darah terutama mereka yang mengidap penyakit Tallesmia (kurang darah  dalam tubuh  badan), ibu-ibu yang bersalin, pembedahan,  mereka yang terlibat dengan kes-kes kemalangan dan sebagainya amat memerlukan bekalan darah dengan segera.

“Justeru program seperti ini patut diberikan sokongan kerana ‘Sepaint Darah Boleh Menyelamatkan Nyawa’, “jelas Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau.

Jonathan juga memuji atas sokongan dan penyertaan aktif daripada  Persatuan Rider Foodpanda Ranau di bawah Pengurusnya, Mohamad Azmi Awang Puteh kerana turut menjayakan program Kempen Derma Darah tersebut di mana ramai ahlinya mendaftar nama untuk menderma darah pada program tersebut.

Jonathan seterusnya menyeru kepada semua persatuan belia dan beliawanis di daerah Ranau supaya mendaftar persatuan  masing-masing bagi memudahkan kerajaan atau agensinya menyalurkan sumbangan mana-mana yang difikirkan perlu untuk membantu membiayai kos pengendalian aktiviti.

“Pihak Parlimen Ranau  sedia membantu mana-mana persatuan yang aktif dan berdaftar sah”, tambah Jonathan.

Terdahulu Pengerusi KUMAJU, Nazarul Khaiwala Bin Wahab dalam ucapan aluannya berterima atas kehadiran Jonathan merasmikan program Derma Darah tersebut.

Katanya, kehadiran Jonathan disifatkanya sebagai satu motovasi dan suntikan semangat kepada pihak penganjur untuk melaksanakan lebih banyak program seumpamanya bagi membantu  Unit Tabung Darah hospital Ranau yang sentiasa memerlukan bekalan darah untuk keperluan semasa.

“Program seumpama ini merupakan sebahagian aktiviti  (CSR) KUMAJU yang akan dianjurkan dari masa ke semasa memerlukan sokongan daripada orang ramai”, jelas Nazarul sambil memaklumkan program yang sama dijangka akan diadakan pada bula Mac depan.

Turut berucap ialah, Mohamad Azmi mewakili Persatuan Food Panda Ranau dan Pegawai  Sains Kimia Hayat Y/M Unit Patologi dan  Transfusi Darah Hospital Ranau, Fatin Syuhada Binti Abdul Razak.

Fatin mewakili Hospital Ranau mengajak orang ramai yang berkelayakan menderma darah supaya datang ke hospital Ranau untuk menderma darah ikut jadual iaitu Isnin hingga Jumaat (masa pejabat).

Hadir sama mengiringi Jonathan ialah, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda bersama sataf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Program tersebut  yang berakhir jam 2.00 petang tadi berjaya mengutip berjumlah 58 paintdarah daripada para penderma.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN