GAMBAR : Yazid…..Pemberian komputer riba ini satu langkah yang baik.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Persatuan Kebudayaan Dan kebajikan Ektnik Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS) menyambut baik dan menyokong pemberian 10,000 komputer riba kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 di negeri ini.
Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Dan kebajikan Ektnik Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS) Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, pemberian komputer riba daripada kerajaan negeri ini adalah satu langkah yang baik.
“Terima kasih kepada kerajaan khususnya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor atas pemberian bantuan komputer riba yang akan memberi maafaat kepada pelajar” katanya.
Beliau berharap para pelajar yang menerima bantuan ini dapat menggunakannya dan menjaga keselamatan komputer tersebut.
Katanya, kerajaan memberi dengan ikhlas, maka para pelajar menerimanya dengan rasa bertanggungjawab dan menggunakan komputer tersebut untuk mendapat ilmu pengetahuan.
“Bantuan kerajaan ini sudah pasti dapat membantu pembelajaran yang berkesan kepada pelajar yang terbabit” jelasnya.
Pada masa sama Yazid mencadangkan agar kerajaan dapat memperluaskan bantuan tersebut kepada pelajar dari Tingkatan 1 hingga 4 bagi sekolah menengah dan juga murid sekolah rendah dari tahun 4 hingga 6.
Ini katanya, kerana dalam tempoh penularan pandemik COVID-19 ini rata-rata pembelajaran dijalankan atas talian.