Haji Yazid (duduk tengah)bersama AJK Penaja Persatuan menunjukkan dokumen pendaftaran persatuan.
KENINGAU:Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor telahpun mendapat kelulusan pendaftarannya daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).
Setiausaha Penajanya Jalil Angkub
bekata, nombor pendaftaran persatuan itu ialah PPM-011-12-03122021 yang dikeluarkan bertarikh 03 Disember 2021.
“Antara matlamat penubuhan persatuan ini ialah membantu dan melengkapkan usaha usaha kerajaan dalam bidang kebajikan serta mengemukakan pandangan terhadap isu-isu semasa yang berkaitan untuk menjaga kebajikan masyarakat di kawasan Bingkor umumnya” katanya ketika mesyuarat Jawatankuasa Penaja Persatuan itu pada Isnin lepas.
Selain itu katanya, ia juga menyediakan media yang tetap untuk pertukaran maklumat dan penyebaran maklumat dikalangan agensi kebajikan masyarakat dan memberikan khidmat kebajikan kepada masyarakat kawasan Bingkor yang memerlukan bantuan.
Jelasnya, persatuan ini boleh menganjurkan dan juga melaksanakan program-program dan aktiviti yang bersesuaian serta bermanafaat untuk kebajikan masyarakat sekitar kawasan Bingkor dan ahli-ahli dalam pertubuhan.
Ahli Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan ini dibarisi oleh Tuan Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles selaku Pengerusi, Jakaria Imul Timbalan Pengerusi, Setiausaha Jalil Angkub, Penolong Setiausaha Cik Mailen Beley dan Bendahari Cik Dianna Basir.
Ahli ahli Jawatankuasa adalah terdiri daripada George Dairie, Rahman Bidin, Alsyafwan Dani @ Johari dan Sonjay Junaidi.
Jalil berkata, pendaftaran keahlian sudah dibuka.
“Masyarakat Bingkor dan juga yang diluar kawasan Bingkor yang berasal dari Kawasan Bingkor adalah dipelawa menjadi ahli Persatuan itu” katanya.
Beliau memberitahu, borang permohonan boleh didapati dari Penolong Setiausaha Cik Maileh Beley nombor hp 0142804082 dan Bendahari Cik Dianna Basir nombor hp 0135559855.
Yuran pendaftaran sebanyak RM5.00 manakala Yuran Tahunan sebanyak RM20.00 dan kateria keahlian adalah Warga Negara Malaysia, menetap di Sabah dan berumur 18 tahun ke atas.