Erwan mewakili 5PM DC Ranau, menyampaikan sumbangan derma kepada Masniah.
RANAU: Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Penididikan Ranau (5PM DC) Ranau, bersama Persatuan Pengetua Sekolah Menengah daerah Ranau, telah menyampaikan sumbangan derma hasil kutipan daripada para ahlinyaa, sebagai tanda simpati kepada keluarga arwah Bairi Othman yang telah kembali ke Rahmatullah di rumah kediamannya di Kg.Karanaan Baru, Bukit Nagaya Tanah Merah Ranau, baru-baru ini.
![](https://www.borneodailybulletin.com/wp-content/uploads/2021/06/IMG-20210624-WA0032-1024x1024.jpg)
TERIMA KASIH…Masniah menerima sumbangan derma disampaikan Marcus disaksikan ahli rombongan Pengetua.
5PM DC telah diwakili Pengerusinya, Erwan Gunda manakala Persatuan Pengetua Sekolah Menengah diwakili Pengerusinya, Marcus Shapie, menyampaikan sumbangan derma mereka kepada balu Arwah Bairi, Masniah Bte Mohd.Ali di rumah kediamannya di Bukit Nagaya, disaksikan ahli rombongan kedua-dua persatuan terlibat.
Masniah ketika ditemui merakam penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua persatuan yang telah menghulurkan sumbangan tersebut.
“Sumbangan ini telah membantu meringankan beban keluarga kami yang ditinggalkan arwah”, jelas Masniah mewakili keluarganya.