Perniagaan dalam talian mampu menjana pendapatan jika dimanfaatkan

Perniagaan dalam talian mampu menjana pendapatan jika dimanfaatkan

Robert semasa menyampaikan ucapan melalui maya.

KENINGAU:Perniagaan melalui talian (online)mampu menjana pendapatan jika ia dimanfaatkan oleh para peniaga dalam menjalankan perniagaan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, pada masa penularan pandemik Covid-19 banyak perniagaan yang terjejas.

“Namun ia boleh diatasi dengan cara menjalankan perniagaan melalui talian” katanya semasa berucap merasmikan Hari Keluarga Inara Beauty melalui talian baru-baru ini.

Pada masa sama Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya memuji Inara Beauty yang diasaskan oleh Noreddayu Yunus kerana dapat mengembangkan perniagaan melalui talian.

Noreddayu (mendokong anak) Pengasas Inara Beauty.

Inara Beauty yang ditubuhkan pada bulan Ogos 2019 adalah Inspirasi daripada nama anak sendiri iaitu Nur Inara Delisha

Menurut Pengasasnya Noreddayu Yunus, Inara Beauty kini mempunyai lapan produk iaitu Inara Beauty Moisturisng Fragrance Lotion, Inara Body Mist, Inara Beauty Moist Cake Foundation, Inara Beauty White Face Serum, Inara Beauty Mascara, Inara Beauty Bird Nest Soap, Inara Beauty Aromatherapy dan Inara Beauty Hand Sanitizer.

Katanya, diantara produk-produk ini, yang paling banyak  permintaan adalah Inara Beauty Moisturisng lotion dan Inara Body mist. 

“Dalam tempoh dua tahun lebih Inara Beauty yang berpusat di Kampung Taman Rakyat  Keningau Sabah kini

mempunyai lebih 100 Usahawan yang terdiri daripada suri rumah, pelajar  dan yang berkerjaya” katanya.

Selain iti Inara Beauty elah membantu ramai lapisan usahawan menambah pendapatan bulanan walaupun dalam keadaan pandemik covid – 19.

Pelbagai aktiviti kumpulan telah di jalankan seperti Hari Keluarga Inara Beauty, Hiking bersama team Inara Beauty, Pembukaan Booth Inara Beauty sempena Jana Niaga anjuran MARA ( artist jemputan DUYUNG DARAT)  Live Gempak Inara Beauty  dan sebagainya.

Noreddayu yang merupakan kakak kepada 13 adik beradik berkata, kini Inara Beauty dalam usaha mewujudkan Pejabat untuk memudahkan lagi semua Usahawan Inara Beauty berurusan dan menjalankan perniagaan.

Sehubungan dengan ini, Noreddayu berharap pihak kerajaan untuk membantu Inara beauty dari segi apa saja bantuan yang membolehkan ia bergerak dan berdaya saing.