JAMUAN….Bung bersama Yakub,Jafry,Raime dan Pengerusi SUDC Jamawi Jaafar di meja jamuan utama.
TENOM:Permohonan pelbagai projek pembangunan di setiap daerah perlu dikemukakan awal oleh Pejabat Daerah kepada kerajaan melalui Kementerian dan jabatan yang berkaitan.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Bung Mokthar Radin berkata, langkah ini bagi menangani kelewatan pembangunan di setiap daerah di negeri ini selain memudahkan perancangan awal terhadap keperluan kepada rakyat.
Katanya, Pegawai-Pegawai Daerah perlu sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan wakil rakyat bagi memastikan kordinasi dalam sistem pentadbiran daerah dapat diwujudkan.
Bung yang juga Menteri Kerja Raya meminta kepada wakil-wakil rakyat supaya bekerjasama dengan Pejabat Daerah masing-masing untuk mengemukakan permohonan.
“Sebab jika permohonan tidak dikemukakan awal, kerajaan tidak dapat menyediakan peruntukan” katanya kepada media selepas menghadiri majlis rumah terbuka sempena hari raya Aidilfitri Umno Bahagian Tenom di Dewan Seri Antenom di sini baru-baru ini.
Pada masa sama beliau mengingatkan pentadbiran di peringkat daerah supaya menyediakan pangkalan data yang lengkap berkaitan potfolio daerah masing-masing bagi memudahkan proses pembangunan dilaksanakan.
Katanya, setiap daerah perlu menyenaraikan projek-projek pembangunan yang sedang dan akan dilakasanakan selain data penduduk di setiap kampung berkenaan.
“Dengan adanya bank data memudahkan kerajaan merancang serta melaksanakan projek-projek pembangunan mengikut keutamaan serta keperluan penduduk setempat dan ini juga penting agar tidak ada pertindihan peruntukan dari kerajaan negeri dan persekutuan ” katanya.
Hadir sama Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Yakub Khan, Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin, Ketua Penerangan yang juga Ketua Umno bahagian Tenom Datuk Raime Unggi .
Menurut Bung, pengkalan data ini penting bagi mengenal pesti projek projek pembangunan yang sediada di setiap daerah terutamanya bagi kes-kes kerosakan jalanraya jambatan dan parit yang sering dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya walupun ianya dibina dan dilaksanakan melalui peruntukan dari agensi lain seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan pihak berkuasa tempatan.
” Bila ada data ,kita dapat mengenal pasti dan menyampaikan maklumat cepat kepada agensi yang berkaitan untuk memperbaikinya” katanya.
Ketua Umno Sabah menambah Pegawai Daerah juga perlu tahu jumlah rumah dan penduduk di setiap kampung yang ada di daerah masing-masing dimana ini akan memudahkan proses menyalurkan peruntukan dan bantuan selaras dengan keperluan masyarakat akar umbi.
” Data ini penting agar tidak ada penduduk terlepas dari bantuan dan pembangunan insfrastruktur asas seperti jalanraya, bekalan air bersih dan elektrik”
” Kita (Kerajaan ) mahu memastikan kemudahan prasarana masyarakat luar bandar terus diberi perhatian agar keseimbangan dalam pembangunan dapat diwujudkan agar tidak ada masyarakat terpinggir dari menikmati pembangunan” jelasnya.
Sehubungan dengan itu Bung turut menyarankan agar , pentadbiran di peringkat daerah perlu beralih kepada sistem digital bagi membolehkan langkah penjimatan kewangan dalam sistem urus tadbir daerah dapat dilakukan.
”Sekiranya struktur yang ada dalam sistem pentadbiran tidak dapat dikordinasi dengan baik, ia akan menyebabkan berlakunya ke lawatan pembangunan dan ketirisan kewangan,” ujarnya.
Pada majlis ini, Datuk Bung turut menyampaikan duit raya kepada golongan asnaf.