BERAKSI…salah seorang pemain gasing yang sedang beraksi pada Pertandingan Gasing SeBorneo 2023 di gelanggang Gasing Labuan, pada Sabtu.
LABUAN: Permainan gasing tradisonal perlu disemarakkan semula bagi memastikan permainan tradisonal ini terus tidak dilupakan oleh generasi muda yang ada hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail berkata, permainan gasing tradisional yang sebahagian daripada warisan budaya penuh dengan nilai ini perlu dikekalkan dengan mengadakan lebih kerap pertandingan dari masa ke semasa.
“Permainan gasing tradisional perlu dianjurkan secara kerap atau berterusan bagi memastikan khazanah budaya yang penuh bernilai ini sentiasa kekal terpelihara dan diteruskan oleh generasi muda masa kini dan akan datang” katanya.
Beliau berkata demikian ketika di temui pemberita selepas merasmikan Pertandingan Gasing SeBorneo 2023, di Gelanggang Gasing, Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Pengerusi Pentaran Boneo Amit Hamdani dan Pengerusi Persatuan Gasing Labuan, Haji Ismail
Menurut Rithuan, pertandingan gasing yang dianjurkan ini bukan sahaja dapat menyemarakkan semangat anak muda untuk meminati permainan gasing, tetapi juga dapat mengeratkan hunbungan silaturahim bersama masyarakat sekaligus mengekalkan perpaduan yang sedia terjalain.
Pertandingan gasing anjuran Pantaran Biskita dengan kerjasama Persatuan Gasing Wilayah Persekutuan Labuan (PEGAWILA), Haji Ismail Haji Yusof.
yang mendapat sokongan daripada Perbadanan Labuan berlangsung selama dua hari itu telah disertai oleh 9 pasukan melibatkan penyertaan daripada Sabah, Sarawak dan Labuan.
Sementara itu, pasukan Kapak Rimba Limbang (Sarawak) menjuarai pertandingan tersebut untuk menerima hadiah wang tunai RM2,000, naib juara dimenangi oleh pasukan gasing dari Sipitang (Sabah) untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.
Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Lawas (Sarawak) yang menerima hadiah wang tunai bernilai RM700 dan keempat dimenangi oleh pasukan gasing dari Wilayah Persekutuan Labuan untuk berkongsi hadiah wang tunai RM500.