30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perlu hantar anak-anak OKU ke PPDK: Faimin

Faimin dan lain-lain mengadakan Yee Sang dalam majlis itu

RANAU: Ibubapa dan penjaga di daerah ini yang mempunyai anak-anak Kurang Upaya (OKU) digesa menghantar anak-anak mereka ke Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di sini.

Penaung PPDK Ranau, Datuk Hj Faimin Kamin berkata, ini penting begi memberi peluang kepada perkembangan minda dan sosial kanak-kanak tersebut.

“Kita meminta agar ibu bapa yang mempunyai anak OKU menghantar anak mereka ke pusat ini kerana di sini kita mempunyai tenaga pembimbing yang terlatih.

“Disamping itu, ia memberi peluang dan ruang kepada anak-anak berkenaan untuk berinteraksi bersama kanak-kanak lain dan juga penjaga di sini,” katanya.

Faimin berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Natal dan Tahun Baru Cina PPDK Daerah Ranau di sini apda hari Jumaat.

Beliau mengucapkan tahniah atas pencapaian PPDK Ranau atas kejayaan anugerah PPDK Paling Aktif tahun lepas dan juga penganjuran majlis tersebut.

“Diharap PPDK Ranau dapat mengekalkan prestasi sebagai PPDK yang cemerlang dan dicontohi 9leh pusat-pusat yang lain,” katanya.

Sementara itu, beliau memohon kerjasama peniaga-peniaga yang berjaya di daerah ini untuk menyumbang CSR kepada PPDK Ranau.

“Kita harap keprihatinan sebegini dapat diteruskan seperti mana yang telah dibuat oleh Pemilik Perabot Liang, Chin Yun Hin yang telah memberi sumbangan kewangan kepada penganjuran aktiviti PPDK Ranau kali ini,” kwtanya.

Turut hadir, Pengerusi PPDK Ranau, Jabay Surugau, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Ranau, Abd Hamid Himad selaku Penasihat dan barisan Jawatankuasa, Petugas dan pelajar PPDK Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN