30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perlu bijak memanfaatkan peluang yang ada.

Datuk Jimmy bersama isterinya, Datin Lily dan cucu mereka sempat merakam gambar semasa lawatan ke RRF.

RANAU: Presiden Perniagaan Tionghua daerah ini, Datuk Jimmy Tham Yuk Liong, menyarankan kepada ahli perniagaan agar bijak memanfaatkan peluang yang ada bagi memajukan bidang yang diceburi demi masa depan yang cerah.


Beliau berkata, apapun bidang yang diceburi hendaklah diusahakan dengan jujur dan berani untuk maju ke hadapan walaupun menghadapi pelbagai kekangan serta cabaran khususnya dari segi kewangan.


“Kalau kita mau maju, kita harus berani mengusahakan apapun bentuk perniagaan walaupun bermula secara kecil-kecilan”, jelas Datuk Jimmy ketika ditemui semasa lawatannya ke Ranau Rabbit Farm (RRF) Kg. Kigiok terletak kira-kira 7 kilometer dari pekan Ranau baru-baru ini.


Menyentuh dengan keadaan pandemik wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia masakini, Datuk Jimmy menasihatkan kepada orang ramai supaya mematuhi Standard Operasi Prosidure (SOP) yang dikuatkuasakan kerajaan.


Menurutnya, untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 adalah tanggungjawab semua golongan rakyat tanpa mengira agama, budaya dan suku kaum.


Ketibaan Datuk Jimmy disambut mesra oleh pemilik RRF, Wong Ko Siong.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN