Gambar atas: GIMIK PERASMIAN… Datuk Haji Faimin Kamin (tengah) melakukan sepakan sebagai gimik.
RANAU: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Ketua-Ketua Jabatan daerah Ranau dengan Ketua-Ketua Jabatan daerah Tambunan yang berlangsung di Padang Pekan Ranau, di sini pada Jumaat, berkesudahan seri 5-5.
Pasukan Tambunan membuka tirai jaringan menerusi Mark Zeno seawal separuh masa pertama. Selang beberpa minit, gawang Ranau sekali lagi dibolosi pemain sayap kanan Tambunan, Azri Jaini .
Tersentak dengan dua jaringan tersebut, Ranau memperkemaskan serangan dan berjaya menembusi benteng pasukan pelawat menerusi pemain veteran Ranau, Waldin Dullah.
Azri yang juga Penolong Pegawai Daerah Tambunan, sekali lagi membolosi gawang gol lawan menerusi rembatan cantik, sekali gus menambah gol untuk pasukan.
Barisan pemain pasukan HOD Ranau
Aksi diseparuh masa pertama berakhir dengan Tambunan tiga gol, manakala Ranau satu gol.
Bersambung separuh masa kedua, penjaga gawang pasukan Ranau sekali lagi tewas apabila Azri yang beraksi cemerlang, mencipta hatrik selepas meledak gol ketiga peribadi.
Pasukan pelawat yang melakukan serangan bertali arus berjaya menambah gol kelima selepas dihadiakan sepakan percuma.
Sepakan percuma itu tidak disia-siakan pemain tengah pasukan Tambunan, Marvin Oscar apabila dengan mudah menewaskan penjaga gol Ranau.
Pasukan Ranau yang melakukan pertukaran pemain telah mengubah rentak permainan, hasilnya gol pertama di separuh masa kedua dicipta menerusi Jerry Chan.
Barisan pemain pasukan HOD Tambunan
Ketinggalan 3-5, separuh masa kedua, pemain-pemain pasukan Ranau telah memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang dan akhirnya berjaya merapatkan jurang gol.
Gol keempat pasukan Ranau diperolehi Jason Musi yang telah dimasukan di minit-minit terakhir separuh masa kedua.
Tidak berputus asa, pemain-pemain pasukan Ranau terus bangkit menyerang sehingga berjaya memperoleh gol penyamaan hasil jaringan Rizal Luyar.
KENANGAN..SUT Faimin (tengah) merakam gambar bersama Pegawai Daerah Ranau, Jumain (kanan) dan Sabitun, Pegawai Daerah Tambunan (kiri)
Kedudukan 5 -5 kekal hingga wisel penamat ditiup pengadil perlawanan.
Turut turun beraksi dalam perlawanan itu, Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd Ghani dan Pegawai Daerah Tambunan, Sabitun Makajil, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin dan beberapa ketua jabatan kedua-dua daerah.
Terdahulu, gimik perasmian perlawanan telah disempurnakan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Haji Faimin Kamin.