29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perlawanan antara MDK FC bertemu Sunflower FC bakal jadi perhatian

KENINGAU:Perlawanan antara MDK FC bertemu Sunflower FC bakal menjadi perhatian ramai pada peringkat Suku Akhir Keningau Premier League 2022 Piala Yang Berhormat Datuk Robert Tawik.

Ini berikutan kedua-dua pasukan ini telah menunjukkan prestasi cemerlang dimana kedua-dua pasukan ini telah memenangi semua perlawanan iaitu empat perlawanan sebelum ini dengan cemerlang.

Kedua-dua pasukan ini bakal berentap pada 24 Julai ini di Padang Sekolah Kebangsaan Bingkor pada jam 3.30 petang.

Sementara itu, satu lagi pasukan yang telah memenangi semua perlawanan sebelum ini iaitu pasukan TR FC yang bakal menentang pasukan Aprisma FC yang akan diadakan pada 24 Julai ini di Padang Sekolah Henry Gurney pada jam 3.30 petang.

Manakala peringkat suku akhir ini turut menyaksikan perlawanan antara pasukan Bunga Raya FC bertemu Sundamai FC dan The Titan FC bertemu Pensiangan United FC, masing-masing diadakan di Padang Sekolah Henry Gurney dan Padang Sekolah Kebangsaan Bingkor pada 23 Julai ini pada jam 3.30 petang.

Orang ramai turut dibenarkan hadir untuk menyaksikan perlawanan ini berlangsung dengan mengikut kawasan yang dibenarkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN