Johari menyampaikan cenderahati kepada Datuk Robert disaksikan jawatankuasa induk penganjur program.
OLEH: FRANCIS ANDIN
KENINGAU: Perlantikan Timbalan Menteri bagi ahli parlimen Sabah dalam kabinet dibawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam sebagai tepat dan memacu hubungan negeri dan persekutuan dalam memastikan negeri ini terus mendapat perhatian dalam semua aspek pembangunan.
Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga wakil rakyat Bingkor, Datuk Robert Tawik berharap , barisan kabinet kementerian kerajaan perpaduan dapat memberikan perhatian sepenuh kerajaan pusat mengenai permasalahan dan pembangunan penduduk di luar bandar khasnya Sabah.
” Harapan kita supaya ahli-ahli parlimen yang dilantik sebagai timbalan menteri persekutuan ini dapat memberikan tumpuan ataupun mengambil perhatian permasalahan rakyat kita yang ada dinegeri sabah ini utk di kemukakan ke peringkat persekutuan” katanya selepas merasmikan Karnival Kesenian Pedalaman Atas peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Banjar di Keningau.
Pada majlis itu Robert yang juga Timbalan President STAR berkata usaha pihak Pendidikan dalam memastikan agenda pembangunan Pendidikan dalam menyediakan generasi pelajar yang serba Boleh sama ada akademik dan non akademik wajar diberi penghargaan dengan sokongan padu dari ibubapa termasuk pemimpin yang telah dipilih rakyat.
Terdahulu berucap dimajlis itu Robert menyatakan kesediaan sebagai Bapa Angkat PPD Keningau sebagai mengulas pelawaan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Tuan Johari Sabin ketika berucap dimajlis itu.
“Sebab itu saya dengan ikhlas Dan bangga menerima pelawaan Warga Pejabat Pendidikan Daerah Keningau sebagai Bapa Angkat PPD Keningau yang akan terus berusaha bersama untuk kecemerlangan Pendidikan khasnya didaerah ini.
Dalam pada itu, program yang dikelolakan oleh Sekolah Kebangsaan Saint Francis Xavier s Keningau dengan kerjasama Sektor Pembangunan Murid PPD Keningau.
Pada pertandingan itu sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Tarian Rampaian, Tradisional Melayu dan Bengkel Ekspresi Gerak dan Irama melibatkan penyertaan 11 buah Sekolah Rendah dan Menengah.
Sementara itu , Bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh SMK Gunsanad Asrama, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh SMK Kemabong dan SMK Gunsanad.
Manakala bagi kategori sekolah rendah dimenangi oleh SK Kampung Keningau, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh SK Saint Francis Xavier dan SK Bingkor.-Ends