24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perkhidmatan rawatan jantung di QEH II sudah bermula sejak 12 tahun lalu- James

KOTA KINABALU: Perkhidmatan rawatan jantung di Hospital Queen Elizabeth II sudah bermula sejak 12 tahun lalu, sebelum inisiatif penjenamaan semula hospital itu sebagai Pusat Jantung Negara Sabah.


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib berkata, Hospital Queen Elizabeth II sebenarnya telah pun mula memberikan perkhidmatan rawatan jantung sejak tahun 2012 lagi.


“Kerja-kerja yang telah dilaksanakan bagi menjadikan Hospital ini sebagai Pusat Jantung Negeri Sabah sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Ini, katanya melibatkan kerja-kerja berjumlah sebanyak RM80 juta.


James yang juga Adun Sugut berkata demikian semasa menjawab persoalaan daripada Adun Sulabayan, Datuk Dr. Haji Jaujan Bin Haji Sambakong semasa Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri yang keenam belas 9, 10 dan 11 Julai 2024 yang berlangsung pada hari Selasa.


Dalam masa yang sama, beliau turut menjawab bersekali pertanyaan yang diajukan oleh Adun Sindumin Datuk Dr. Yusof @ Josree Yacob kerana ia merupakan soalan yang berkaitan.


Semasa persidangan itu, Dr. Haji Jaujan bertanya kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, bilakah perkhidmatan Hospital Queen II sebagai Hospital Rawatan Jantung akan mula beroperasi.


Sementara itu, Dr. Yusof pula bertanya, apakah perkembangan terkini penjenamaan semula Hospital Queen Elizabeth II sebagai Pusat Jantung Negara Sabah yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 20 April 2024.


Tambah James, setakat ini perkembangan terkini penjenamaan semula Hospital Queen Elizabeth II sebagai Pusat Jantung Negara Sabah melibatkan beberapa perkara.


“Salah satunya ialah sesi perbincangan skop dan lawatan kerja oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama-sama dengan JKNS Sabah (Jabatan Kesihatan Negeri Sabah) telah pun dibuat.


“Selain itu, permohonan bagi penjawatan sumber manusia dan juga kertas kerja menaiktaraf Hospital Queen Elizabeth II sebagai Pusat Jantung Negara Sabah telahpun dikemukakan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” jelas beliau.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN