30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Kimondou 2022 platform mantap untuk pelajar

Meretha (dua kiri) dan lain-lain pada pelancaran acara itu


RANAU: Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Kimondou 2022 anjuran Unit Kokurikulum SK Kimondou dilihat sebagai landasan kukuh dalam membina individu yang berdikari pada masa hadapan.


Seramai 105 peserta terdiri daripada pelajar Tahap 2 yang terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan Gajet, Pintu Gerbang, Masakan Rimba, Larian Berhalangan, Memburu Harta Karun, Malam Budaya dan Jejak Rimba.


Perkhemahan Bersepadu yang diadakan dari 8 hingga 10 Disember di padang sukan sekolah ini padat dengan aktiviti selama 3 hari 2 malam dan sebanyak 55 buah khemah telah didirikan termasuk dua buah khemah Kanopi bersaiz 20×20.

Sebahagian daripada pelajar yang mengambil bahagian dalam program ini.


Yang DiPertua PIBG sekolah, Meretha Jaudin berkata, kerjasama padu daripada PIBG SK Kimondou dan pihak Sekolah telah menjadikan program ini berjalan dengan jayanya.


“Perkhemahan ini diadakan sebelum cuti sekolah pada penghujung tahun. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana cuaca yang baik sepanjang perkhemahan dan murid-murid dapat merasai suasana perkhemahan beramai-ramai di padang sekolah.


“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelajar hanya boleh berkhemah di rumah atau di sekitar kampung masing-masing kerana sekatan COVID-19 sebelum ini,” katanya.


Meretha berkata, dengan menyertai aktiviti mencabar sebegini, diharapkan pelajar akan menjadi individu yang lebih baik dan pemimpin masa depan yang disegani.


Sementara itu, rata-rata pelajar berkata mereka telah mempelajari pengalaman berharga sepanjang perkhemahan itu dan berharap aktiviti serupa akan diteruskan pada masa akan datang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN