AH LENG @Afeet Adam Thien Abdullah (dua kiri) bersama pasukannya ketika melakukan kerja amal sanitasi nyah cemar disalag sebuah masjid di sekitar Labuan.
LABUAN: Pertubuhan Kebajikan Umat Islam Wilayah Persekutuan Labuan (PERKEBAS) telah diberi kebenaran oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI) untuk melaksanakan kerja amal nyah cemar (sanitasi) masjid dan surau Jumaat di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.
Menurut Pengasas PERKEBAS Wilayah Persekutuan Labuan, Ayahanda Ah Leng @Afeet Adam Thien Abdullah, PERKEBAS telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan satu projek amal sanitasi masjid sebagai menyokong usaha kerajaan dalam memutuskan penularan wabak COVID 19 khususnya di kawasan yang menjadi tumpuan awam.
“PERKEBAS berterima kasih kepada JAWI kerana memberi peluang untuk kami melaksanakan kerja amal sanitasi nyah cemar membabitkan masjid dan surau di sekitar Labuan yang dibawah selian jabatan itu” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata sehingga hari ini sebanyak 12 buah masjid termasuk surau telahpun berjaya disanitasi manakala selebihnya akan dilaksanakan dalam waktu yang terdekat.
Sebanyak tiga kumpulan yang terdiri daripada ahli ahli PERKEBAS yang diketuai masing-masing oleh beliau sendiri bagi kumpulan 1, kumpulan 2 diketuai Kanda Mikael dan kumpulan tiga diketuai Kanda Utama.
Antara masjid dan surau yang telah menjalani proses nyah cemar ialah Surau Nurul Islam pusat Bandar, Masjid Rancha-Rancha Darat, Surau Al Munnawar Patau-Patau Satu, Surau Darusalam Patau-Patau Dua, Masjid Al Falah Bukit Kalam, Masjid Jamek Layang-Layangan, Masjid Al Ehsan Sungai Labu, Masjid Al Rahman Sungai Lada, Masjid Al Hijrah Sungai Miri, Surau Ar Rayyan Taman Mutiara, Surau As Saadah Sungai Buton dan Masjid Bebuloh Darat.