25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PERKEBAS Labuan bantu mangsa kebakaran

SIMBOLIK…. Afeef Adam menyerahkan sumbangan kepada Bashir (tengah) disaksikan Rithuan sebelum diserahkan sepenuhnya kepada JKM Labuan.

LABUAN: Pertubuhan  Kebajikan Umat Islam Wilayah Persekutuan Labuan (Perkebas) dan Persatuan Kumpulan Wanita Amal (KUWAL) menghulurkan bantuan kemanusian  berupa keperluan makanan asas harian  dan pakaian kepada mangsa kebakaran rumah kongsi pekerja sebuah syarikat binaan yang musnah dalam satu kebakaran pada pagi Selasa.

Majlis simbolik penyerahan bantuan makanan asas bernilai RM1,700 itu diserahkan oleh Pengasas PERKEBAS Labuan, Ayahanda Afeef Adam Thien Abdullah kepada Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias sebelum diserahkan sepenuhnya kepada Jawatan Pengurusan Bencana Kebakaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan Labuan, di sini, pada Rabu.

Hadir sama menyaksikan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah (JBPD) Labuan, Haji Rithuan Haji Ismail, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad dan Pengerusi KUWAL, Viancy Ng @ Norafiza Abdullah.

Afeef Adam berharap bantuan tersebut akan dapat membantu meringankan beban ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah tersebut.

Pada Selasa kira-kira jam 11.30 pagi seramai 105 mangsa daripada 56 buah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila tiga blok rumah mereka di Jalan Rancha-Rancha dekat Taman Kian Yap musnah dalam satu kebakaran.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN