25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perkasakan masyarakat khususnya golongan belia, elak terlibat dadah.

RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin menyeru semua pihak supaya memperkasakan masyarakat khususnya golongan belia agar tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.


Beliau berkata program sebegini amat penting dalam usaha membendung kegiatan penyalahgunaan najis dadah dalam masyarakat yang menjadi antara penyakit sosial yang lebih besar melanda generasi muda hari ini.


Jonathan yang juga Ahli Parlimen P179 Ranau turut menggesa semua pihak tidak teragak-agak, sebaliknya melaporkan segera sekiranya terdapat aktiviti pengedaran serta penyalahgunaan dadah kepada pihak berkuasa berkaitan.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kesedaran Bahaya Dadah 2022 Bersama Pemimpin Mukim Timbua dan Mukim Pinawantai yang diadakan di Mini Dewan Kg Timbua baru-baru ini.


Program itu dianjurkan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) Ranau dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah dan Ranau.


Agensi dan jabatan lain yang terlibat ialah UPPM N36 Kundasang, Pejabat Parlimen P179 Ranau, Pejabat Daerah Ranau, Mahkamah Anak Negeri Ranau, IPD Ranau, Pejabat Kesihatan Daerah Ranau dan Klinik Sri Balung (PEKA B40).


Tujuan program diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya dadah dan tanggungjawab pemimpin di peringkat kampung dalam mengatasinya di samping menyampaikan maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh AADK.


Inisiatif itu dilakukan dengan mendekati masyarakat khususnya pemimpin peringkat kampung melalui sesi dialog bersama agensi dan jabatan terlibat.


Objektif program ini termasuk memperkasakan pemimpin kampung di peringkat mukim dan memimpin dalam usaha memerangi dadah, di samping menyampaikan maklumat tentang usaha perkhidmatan dan pemulihan AADK.


Antara pengisian dan aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut ialah sesi kuliah, soal jawab (Q&A), dialog, pameran antidadah, pemeriksaan kesihatan serta interaksi dengan masyarakat setempat.


Jonathan memuji usaha serta komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut dan berharap kempen serupa akan terus diadakan di kawasan terbabit pada masa akan datang.


Turut hadir Pengarah AADK Negeri Sabah, Nani Sikin, Penolong Pegawai Daerah, Hasinin Kinsim, Ketua Daerah, Muhasip Hj Ruman, Ketua Cawangan Khas IPD Ranau, ASP Helvin Ribus, Pemaju Mukim, Saiful Memerintah dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN