26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PEREKA FESYEN PERLU BERFIKIR DI LUAR KOTAK : REDONAH

Kenangan…..Redonah Bahanda bergambar kenangan bersama para pemenang peserta Pertandingan Zandi Tavanus 2023 peringkat daerah Kota Maurud, Kota Belud dan Ranau di Dewan Komuniti Kota Marudu kelmarin.


Oleh: Liza Din

KOTA MARUDU: Pereka fesyen perlu berfikir di luar kotak serta terus gigih berusaha mengasah daya kreativiti jika mahu kekal berdaya saing dalam perkembangan industri fesyen masa kini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata, pereka fesyen harus berusaha memajukan diri dengan mengetengahkan idea baharu, segar dan berbeza dalam karya mereka, sekali gus tidak meniru koleksi lain.

Menurut beliau, dunia fesyen masa kini menuntut tenaga pereka sentiasa mengasah daya kreativiti ke tahap lebih tinggi bagi menghasilkan sentuhan yang menepati aliran citarasa bersesuaian peredaran zaman.

Beliau berkata, mereka juga perlu ada perancangan masa depan dan mengikut trend semasa bagi mengelakkan daripada ketinggalan dalam bidang fesyen.

Jelasnya, antara kriteria penting untuk menceburi kerjaya pereka fesyen ialah memiliki minat mendalam, menyukai cabaran, berdaya saing, sanggup bekerja lebih masa, peka akan isu semasa dan bersikap positif.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pertandingan Zandi Tavanus 2023 peringkat daerah Kota Maurud, Kota Belud dan Ranau di Dewan Komuniti Kota Marudu kelmarin. Kira-kira 15 peserta menyertai pertandingan tersebut.

Menurut Redonah trend yang diikuti kebanyakan pereka muda yang sering mengubah suai atau memodenkan pakaian tradisional, beliau berkata tidak ada salahnya untuk menjadi kreatif.

Bagaimanapun, beliau menggesa mereka untuk lebih sensitif dengan budaya dan menghargai etika budaya Malaysia ketika mencipta rekaan pakaian.

Pakaian tradisional memiliki estetikanya yang tersendiri sejajar dengan kesopanan dan budi bahasa, katanya.

Namun, generasi muda ketika ini sering mengabaikan persoalan kesopanan yang merupakan bahagian penting bagi setiap budaya, katanya.

Tambah beliau lagi pertunjukan fesyen itu akan memaparkan hasil sentuhan pereka fesyen tempatan yang menyuntik unsur moden dengan gabungan tradisional dan memperlihatkan kematangan serta pemahaman terhadap unsur batik dengan menyediakan kepelbagaian motif dalam rekaan.

Saya percaya pereka fesyen mempunyai daya kreatif bagaimana rekaan mereka dapat di tonjolkan bukan sahaja dalam negeri tetapi juga sehingga peringkat antarabangsa, sekiranya kita kemahuan untuk maju ke depan.

Dalam pertandingan Zandi Tavanus 2023 Raimah Yanggitom, tempat kedua Ronniem Talah dan tempat ketiga Rostina Randang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN