31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perbadanan Labuan luluskan 117 permohonan Penghantar Makanan sepanjang Ramadan

SIMBOLIK… Pactik (dua akiri) menyerahkan secara simbolik topeng muka kepada Dr. Fary (tiga dari kiri).


LABUAN:  Perbadanan Labuan telah  meluluskan  permohonan  117 penghantar makanan (Food Rider) sepanjang bulan Ramadan.

Demikian diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman pada sidang media mingguan COVID 19 di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Wisma Perbadanan Labuan, pada Rabu.

Beliau berkata, Perbadanan Labuan telah menerima sebanyak 355 permohonan dan daripada jumlah  itu hanya 117  telah memenuhi keteria untuk menjalankan perkhidmatan sebagai penghantar makanan.

PELINDUNG MUKA…. Prunella Fong (kiri) ketika menyerahkan pelindung muka kepada Dr. Fary.

“Kesemua mereka telahpun menjalani saringan kesihatan  dan telahpun diberikan kad pengenalan khas oleh Perbadanan Labuan sebagai kad kebenaran    menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan  sepanjang bulan Ramadan”katanya.

Sementara itu, Dr. Fary yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan menasihatkan kepada semua penghantar makanan  supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan  bagi mengelakkan jangkitan Covid 19.

Terdahulu sebelum itu, Dr Fary menerima sebanyak 17,000 keping topeng muka yang disumbangkan oleh syarikat Megah Port Management Sdn. Bhd. (MPMSB).

Sementara itu, Lion Club Labuan District 308-A2 turut menyerahkan sumbangan 460 pelindung muka yang dihasilkan sendiri oleh ahli-ahli Lion Club untuk kegunaan petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Labuan.

Sumbangan Megah Port Management Sdn. Bhd. di sampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi syarikat itu, Dato’ Seri Pactrik Tiong Choo, manakala Lion Club Labuan District 308-A2  diwakili oleh Prunella Phong. TAMAT



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN