28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perbadanan Labuan bakal lancar pengimbas kod QR pelancongan

GAMBAR….Dr. Fary ketika berucap pada Majlis Taklimat Pembangunan dan Potensi Ekonomi Labuan Mendepani Cabaran 2021 di  Dewan Konvensyen Labuan Halal Hub, di Kiansam baru-baru ini.

LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (MOTAC) dan Tourism Malaysia Labuan akan mewujudkan pengimbas kod QR maklumat sektor pelancongan bagi memudahkan pelancong luar mendapatkan informasi pelancongan yang ada di Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata, Perbadanan  Labuan (PL) dengan kerjasama beberapa agensi pelancongan di sini akan  melancarkan pengimbas kod QR  berkenaan dalam tempoh terdekat.

 “Kita akan melancarkan kod QR   untuk semua maklumat pelancongan bagi memudahkan pengunjung yang datang ke Labuan  dapat menerima maklumat dengan hanya sekali imbas sahaja.

“Ia merupakan iniasitif yang baharu dan bakal diperkenalkan untuk meningkatkan sektor pelancongan di Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap [ada Majlis Taklimat Pembangunan dan Potensi Ekonomi  di Labuan “Mendepani Cabaran 2021” di  dewan Konvensyen  Labuan Halal Hub, di Kiansam, baru-baru ini,

Menurut Dr. Fary lagi, pihaknya juga akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti infrastrutur  rangkaian talian internet  di pulau ini kerana ia memainkan peranan penting dalam meningkatkan sektor pelancongan di Labuan.

“Pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)  telah menyatakan akan ada tindakan  untuk meningkatkan kualiti infrastrutur internet dan wifi di seluruh pulau ini. Kita harap ia dapat di segerakan pada tahun hadapan” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Haji Hamir Zahari mewakili Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.  Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Mohd. Dzulfaizal Ab. Manan serta Agli Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN