26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perayaan Kaamatan simbolik semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum, kepercayaan.

Robert memalu gong sebagai simbolik perasmian Pesta Kaamatan Kampung Tonobon Bunga Raya.

KENINGAU: Kemeriahan sambutan Kaamatan yang raikan pada setiap tahun merupakan simbolik kepada semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di negeri ini.

Selain itu ia memupuk semangat kebersamaan dan kekitaan dalam menerima kepelbagaian budaya Malaysia Madani dalam nilai teras “Hormat” yang sedia terjalin khususnya di DUN Bingkor ini yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, latar belakang, budaya dan agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, ia bertepatan dengan Tema Kaamatan tahun ini, “Kaamatan Membudayakan Perpaduan.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, sambutan dan penganjuran Pesta Kaamatan sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong bukan sahaja dalam negeri bahkan dari luar negara untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan.

“Saya juga percaya dan yakin perayaan yang disambut mampu menarik orang luar untuk melihat sendiri keunikan kepelbagaian etnik di Sabah” katanya semasa berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Tonobon Bunga Raya pada Sabtu.

Beliau juga berharap agar perayaan Pesta Kaamatan pada tahun ini akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian kepada semua yang menyambutnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN