31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perayaan Aidilfitri, orang ramai dinasihatkan utamakan keselamatan

Yampil (tengah) bersama Pegawai-Pegawai Kanan, Ketua-Ketua Bahagian bergambar dengan pegawai dan anggota PDRM IPD Keningau.

KENINGAU: Orang ramai di daerah ini yang akan balik kampung halaman untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri nanti dinasihatkan agar mengutamakan keselamatan diri dan keluarga dalam perjalanan.

Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai berkata, kepada mereka yang akan bercuti ke kampung halaman pada musim perayaan perlu merancang perjalanan terlebih dahulu.

“Pastikan kenderaan yang dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan perkara-perkara yang diingini berlaku” katanya ketika ditemui Sempena Perhimpunan Khas Peringatan Hari Polis Ke 217 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau pada Isnin.

Pada masa sama beliau turut menasihatkan kepada mereka yang meninggalkan rumah kediaman semasa bercuti atau balik kampung supaya memaklumkan kepada pihak polis.

Ini katanya, penting bagi memboleh polis membuat rondaan dari masa ke semasa selama kekosongan rumah yang ditinggalkan.

“Maklumkan berapa lama rumah itu ditinggalkan agar pemantauan dapat dirancang oleh pihak polis” katanya.

Selain itu katanya, pastikan juga semua pintu, tingkap dan pintu pagar dalam keadaan berkunci sebelum meninggalkan rumah.

“Bagi mereka yang tidak sempat memaklumkan kepada pihak polis, jangan bimbang kerana pihak polis juga sentiasa membuat rondaan di kawasan-kawasan taman perumahan sepanjang perayaan” jelasnya.

Terdahulu Supritendan Yampil menyampai perutusan Ketua Polis Negara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN