ADVERTISEMENTspot_img

Peranan JKKK amat penting: Abdul Ghani

Ghani (tengah) bersama ketua-ketua jabatan bergambar kenangan dengan penerima watikah pelantikan JKKK dan penerima rumah mesra SMJ.

NABAWAN: Peranan badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam usaha memajukan dan memastikan keselamatan dan kesejahteraan kampung amat penting.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, badan JKKK yang dikemudikan oleh Pengerusinya dan dibantu oleh barisan Ahli Jawatankuasanya adalah organisasi yang penting dalam pembangunan sesebuah kampung.

Katanya, mereka umpama tulang belakang kerana mereka adalah pemimpin akar umbi yang menjadi penghubung antara masyarakat dan kerajaan.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JKKK dan Penyerahan Kunci Sabah Maju Jaya (SMJ) Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalugan di Dewan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) di sini pada Jumaat.

Menurut Ghani, masyarakat kampung menaruhkan harapan kepada badan JKKK agar memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di bawah jagaan masing-masing.

“Justeru itu usahakanlah sebaiknya dan pikul tanggungjawab dengan penuh amanah, adil dan berdedikasi” jelasnya.

Pada masa sama Ghani menyeru kepada semua
pemimpin masyarakat akar umbi agar menjalankan peranan seperti mana yang diamanahkan.

“Kita sama-sama bekerja sebagai sebuah kumpulan yang besar untuk mensejahtera dan memajukan Daerah Nabawan dan Daerah Kecil kecil Pagalungan.

“Pada hemat saya amalan bersatupadu tanpa memandang apa-apa perbezaan dalam hal menjaga keharmonian dan pembangunan di setiap kawasan perlulah terus dipelihara dengan sebaiknya” katanya.

Mengenai Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) Ghani berkata, insiatif ini adalah yang pertama kali diadakan dalam Sejarah pemerintahan kerajaan negeri Sabah.

Katanya, selama pemerintahan mana-mana
kerajaan negeri terdahulu belum pernah inisiatif atau bantuan seumpama ini pernah dilaksanakan melainkan insiatif daripada kerajaan Persekutuan.

“Ini bererti kemampuan kerajaan negeri Sabah pada ketika ini adalah yang terbaik kerana mampu memberikan rumah Mesra SMJ kepada rakyat di negeri ini khusus kepada mereka yang betul-betul memerlukan” katanya.

Jelasnya lagi, agihan rumah mesra SMJ ini diagihkan sama rata di setiap 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

Selain itu katanya, inisiatif kerajaan negeri Sabah ini bertujuan untuk berusaha memastikan kadar miskin tegar di negeri Sabah dapat ditangani dengan sebaiknya.

Katanya, selain bantuan kerajaan Persekutuan di peringkat negeri akan terus bekerja keras memastikan usaha pembasmian kemiskinan dapat ditangani semaksima mungkin.

Ghani berkata, beliau amat bersyukur
kerana penerima-penerima rumah mesra SMJ di daerah ini adalah mereka yang betul-betul memerlukan.

“Anggaplahbantuan kerajaan negeri ini sebagai hadiah dan hak kemanusiaan untuk kesejahteraan hidup semua pihak” tambahnya.

Hadir sama sama Pegawai Daerah Nabawan Peter Jiton, Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalugan Hasinin Kinsim, Ketua Jurutera Unit Kejuruteraan KPLB Mohd Fadzy bin Ag Osman, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN