29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Peranan generasi baharu penting bagi menentukan hala tuju kemajuan masa depan kawasan luar bandar: Jonathan

Jentera Pemuda GRS P.179 Ranau mengabadikan  kenangan bersama Jonathan  (depan dua kiri) selepas pelancaran.

RANAU: Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga mantan  Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin menyifatkan, peranan generasi baharu adalah amat penting bagi menentukan hala tuju kemajuan masa depan negeri Sabah terutama kawasan luar bandar yang masih memerlukan pembelaan dari segi infa asas seperti jalan raya yang sempurna, bekalan letrik, bekalan air bersih dan capaian internet yang baik.

Justeru katanya, golongan muda juga  punya tanggungjawab untuk mementukan kestabilan politik masa depan negara, negeri dan kawasan masing-masing dengan bertindak bijak memilih siapa sahaja bakal calon Parlimen pada PRU15 tidak lama lagi untuk  memperjuangkan nasib rakyat di kawasan mereka.

“Dengan sebab itu peranan anda semua terutama para pengundi muda harus bertindak bijak untuk memilih pemimpin yang boleh membawa kemajuan kepada rakyat setempat”, jelas Datuk Jonathan ketika melancarkan Jentera Pemuda  parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)  Parlimen P.179 Ranau di Gelanggang Futsal Ekstrem Marakau di sini baru-baru ini.

Datuk Jonathan menegaskan kerjasama dan perpaduan tanpa dibatasi kaum, agama, budaya dan idologi politik juga perlu dia amalkan sebagai landasan untuk menuju kejayaan.

Datuk Jonathan mendedahkan, masih banyak keperluan infrastuktur yang amat diperlukan di kawasan luar bandar di negeri ini untuk membolehkan rakyat khususnya kawasan pedalaman hidup setanding kemudahan yang dinikimati mereka yang tinggal di kawasan bandar.

“Inilah perjuangan kita bersama agar rakyat akar umbi khususnya di Ranau dapat hidup selesa dengan kemudahan infra yang baik”, tambah Datuk Jonathan.

Turut hadir dan bercap ialah, Setiausaha Bersatu Bahagian  P.179
Ranau, Haji Jahidin Bin Lumat, Yubidi Gompoyo (Setiausaha Politik Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam),  Ketua Wiramuda Star DUN Paginatan, Kong Soon Choi, Ketua Armada Ranau, Rosdi Abd.Ghani,  Ketua Pemuda PBS Karanaan, Lugerry  Jain, Ketua Pemuda PBS Paginatan,  Sutiman Bin Saimin. Sementara turut diadakan sempena program itu ialah, Perlawanan Futsal Persahabatan melibatkan 12 pasukan  Pemuda GRS Parlimen Ranau.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN