CENDERAHATI…..Ustaz Zainal (tiga kanan) bertukar tukar cenderahati dengan Abdul Tahman ( tiga kiri) sambil diperhatikan Mohd Hafiez (dua kanan) dan Mahanum (kanan sekali)
LABUAN: PERAKAN United berjaya menewaskan pasukan Ganu Perantau FC dengan jaringan besar 9-3 dalam satu perlawanan Bola Sepak persahabatan yang diadakan di Padang Bola Sepak Sintetik Kompleks Sukan Labuan baru-baru ini.
Perlawanan yang menyaksikan berat sebelah itu bukanlah perlawanan untuk menunjukkan kekuatan pasukan  masing-masing tetapi ia lebih kepada perlawanan persahabatan bagi mengeratkan ukhwah dikalangan anak perantau di Labuan dengan komuniti setempat.

KENANGAN…. Kedua dua pasukan bergambar kenangan selepas perlawanan berakhir.
Pasukan Anak Kelantan dan Perantauan (PERAKAN) United yang di barisi oleh ahli anak-anak Kelantan dan perantauan diketuai oleh Timbalan Pengarah (Sektor Pembangunan Murid) Jabatan Pendidikan Labuan, Ustaz Abdul Rahman manakala pasukan Ganu Perantau United di ketuai oleh Ustaz Zainal Abdul Wahab.
Pertandingan Bola Sepak Persahabatan tersebut adalah anjuran bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan PERAKAN Wilayah Persekutuan Labuan.
Hadir sama menyaksikan perlawanan itu ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Cik Mahanum Fauzi dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hafiez Daud.



