25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penyertaan Parti  Kesejahteraan Demoktratik Masyarakat dalam Gabungan GRS dialu-alukan: Robert

Robert…..penyertaan parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dalam GRS akan memperkukuhkan Kerajaan GRS.

KENINGAU:Timbalan Presiden STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin menyokong  penyertaan Parti  Kesejahteraan Demoktratik Masyarakat dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Robert yang juga Ketua Bahagian STARSABAH Bingkor menyokong kenyataan  Presiden STARSABAH yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Datuk Kitingan bahawa penyertaan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dalam Gabungan Rakyat Sabah mendapat persetujuan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) adalah tepat dan perlu diterima semua pihak.

“Ini boleh memperkukuhkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Memandangkan parti Kesejahteraan Demokratik   Masyarakat mempunyai dua ADUN, sudah tentu menambah bilangan ADUN Kerajaan GRS” katanya.

Walau bagaimanapun katanya,  ia  perlu mendapat persetujuan parti-parti lain dalam GRS.

“Saya percaya parti yang dikemudi oleh Presiden KDM Datuk Peter Anthony yang ingin menyertai GRS adalah ikhlas dan ingin bersama dengan pemimpin-pemimpin parti dalam  GRS untuk membantu kebajikan rakyat dan pembangunan rakyat dan negeri ini” kata Pembantu Menteri Kerja Raya itu.

Beliau berkata, penyertaan parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat bukan satu ancaman kepada parti-parti dalam GRS tetapi sudah tentu dapat memperkukuhkan kerajaan GRS dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor.

Pada masa sama Robert berkata, sekarang bukan masa untuk berpolitik tetapi masa untuk menyantuni masalah rakyat dan untuk merealisasikan pelan pembangunan Sabah dibawa pelan Sabah Maju Jaya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN