Jinli bersama Sebahagian daripada pegawai kejohanan pengelola dan peserta mengabdikan gambar sempena kejohanan itu.
Oleh : Francis Andin
KENINGAU : Penyertaan aktif murid dalam aktiviti sukan dan permainan akan memupuk amalan gaya hidup sihat selain mencungkil dan mengasah bakat murid sejak awal lagi diperingkat sekolah.
Pengerusi Persatuan Guru Besar Malayisa (Sabah) Cawangan Keningau Tuan Jinli Ramli berkata usaha pihak sekolah mengadakan pelbagai program sukan selaras dengan keperluan dalam bidang ko-kurikulum mampu membentuk nilai hidup sihat dalam kalangan warga sekolah khususnya murid.
Justeru katanya penganjuran kejohanan sukan termasuk permainan Bola Jaring antara yang memberi pelaung kepada murid untuk mengasah bakat dalam permainan itu, selain memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid sejak awal lagi.
“ Kejohanan Bola Jaring antara jenis permainan dalam aktiviti Luar Bilik darjah yang memerlukan kesepakatan dalam pasukan dalam kalangan pemain untuk bersaing secara sihat dan sudah tentu ini sekaligus membentuk gaya hidup sihat dalam diri murid yang membantu kecergasan minda dan kesihatan yang sentiasa terkawal”katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon Apin-Apin di dewan SK Bingkor dekat sini.
Jinli bersama Sebahagian daripada pegawai kejohanan pengelola dan peserta mengabdikan gambar sempena kejohanan itu.
Jinli yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Keningau turut merakamkan pengahrgaan kepada semua warga pendidik yang terlibat khususnya Sekolah Kebangsaan Bunga Raya sebagai pengelola dan jurultaih serta pengadil yang melaksanakan kejohanan dengan teratur dan mempunyai ciri-ciri displin yang tinggi dan mengikut garis panduan pengelolaan.
Kejohanan yang bertujuan memilih murid yang akan mewakili Pasukan Bola Jaring Zon Apin-Apin ke pertandingan peringkat Daerah kelak. Sebanyak 8 Pasukan daripada 6 buah sekolah menyertai kejohanan itu terdiri SK Bunga Raya, Apin-Apin, St James, Merampong, Liau dan SK Bundu.
Dalam pada itu, SK Bundu muncul Juara keseluruhan manakala SK Liau dan SK Apin-Apin mendapat tenpat kedua dan ketiga.
Sementara itu, Adik Febegirl Fresskey Loris dari SK Bundu terpilih sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak , manakala Adik Eisya Ezzuren Brien dari SK Apin-Apin dinobatkan sebagai Pemain Penyerang terbaik dan Adik Caelyn Daphne Calven dari SK Liau terpilih sebagai Pemain Penghadang Terbaik.
Para pemenang menerima piala dan medal serta sijil masing-masing yang disampaikan oleh Pengerusi Kejohanan Ybrs Dr Pranchis Andin dan Jinli Ramli. Turut hadir Guru Besar Sk Apin-Apin Yusri Wariso dan Ishak Hashim.-Ends