Kong menyerahkan sumbangan simen
RANAU:Penyertaan aktif generasi muda
dalam sukan akan dapat melahirkan individu yang mempunyai kecergasan fizikal
dan mental,sekali gus menjadikan mereka
lebih berdaya saing berbanding orang lain.
Menegaskan perkara itu,Ketua Wiramuda Star Sabah,Kong Soon Choi berkata, ia antara faktor utama kenapa belia hari ini
mesti bergiat aktif dalam pelbagai jenis aktiviti sukan.
“Dengan latihan yang seimbang dan
konsisten,seorang belia boleh menjadi atlet yang berhemah,bertanggungjawab,
berdisiplin, dengan harga diri yang tinggi
serta sifat kepimpinan yang menjadikan
mereka lebih menonjol berbanding yang
lain,” katanya.
Menurut Kong, sukan merupakan salah
satu platform paling berkesan untuk
membina kualiti peribadi mulia melalui
disiplin,kesabaran, toleransi, menepati
masa,kerja berpasukan,kepimpinan dan
sebagainya.
“Selain itu,aspek kesihatan dan kecergasan badan,penglibatan dalam aktiviti sukan juga perlu dititikberatkan bagi melahirkan murid yang lebih cergas,ceria dan sihat,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan penyampaian 15 karung simen kepada belia Kg Nunuk Ragang.bagi tujuan menaik taraf gelanggang sepak takraw kampung itu,di sini, Khamis lepas.

“Kami berterima kasih atas peluang ini di mana kami dapat menyumbang kepada belia di kampung ini. Wakil belia Nunuk Ragang,Herman Sudirman dan Andryser
John datang sendiri untuk menerima sumbangan tersebut.
“Diharapkan belia kampung Nunuk Ragang dan kampung sekitarnya memanfaatkan sepenuhnya gelanggang ini pada masa akan datang.khususnya aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
“Selain itu, belia kita juga boleh belajar
menjadikan sukan sebagai platform untuk
mengeratkan silaturahim dalam kalangan
belia di kampung ini,dan mengelakkan
pelbagai aktiviti sosial yang tidak sihat.
“Semoga dengan gelanggang yang baik
dan selamat digunakan,kita juga berharap
gelanggang ini juga dapat melahirkan atlet yang mampu mewakili daerah Ranau ke
peringkat yang lebih tinggi,khususnya
dalam sukan sepak takraw,” kata Kong.



