31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PENYELENGGARAAN JALAN PERTANIAN MENDAPAT PERHATIAN ADUN PAGINATAN

BERUCAP….Abidin semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, Kg. Poring  


RANAU : Penyelenggaraan jalan pertanian sejauh 1.4 kilometer untuk kegunaan penduduk Kampung Poring mendapat perhatian Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.


Dalam ucapan balas kepada Pengerusi JPKK kampung berkenaan Jainis Gatiban, Abidin berbesar hati meluluskan peruntukkan sejumlah RM30,000 bagi penyelenggaraan jalan pertanian dan dua buah culvert untuk kegunaan di kawasan lain memandangkan ia sangat penting untuk pembangunan pertanian.


“Jalan-jalan pertanian di setiap kampung dalam daerah ini khasnya dan seluruh negeri amnya sememangnya menjadi keutamaan dan agenda kerajaan untuk dibangunkan’ katanya.


Abidin yang juga ADUN N38 Paginatan dalam majlis itu turut merakamkan ucapan penghargaan dan terimakasih kepada semua penduduk kampung berkenaan kerana telah memberikan kepercayaan dan mandat penuh kepada beliau semasa pilihanraya lalu. Beliau menyeru agar semua penduduk dalam daerah ini khasnya terus memberikan sokongan kepada kerajaan bagi merealisasikan agenda pembangunan yang telah dirancang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN