26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penyelanggaraan jalan ke pekan Pensiangan kini giat dilaksanakan.

Ghani (dua dari kanan)bersama rombongan semasa meninjau penyelanggaraan jalan ke Pensiangan yang giat dilaksanakan.

Oleh:Marutin Ansiung

NABAWAN:Penyelanggaraan jalan ke pekan Pensiangan yang sebelum ini sukar dilalui, kini giat dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, ini adalah usaha kerajaan untuk mengatasi masalah rakyat di kawasan ini.

Katanya, selain penyelanggaraan jalan, pembinaan dua buah jambatan di Sungai Sosogoh dan Sungai Sosogoh Inantai serta beberapa buah culvert kini sedang dalam pembinaan.

Jelasnya, kerajaan pada hari ini akan berusaha mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di kampung-kampung terpencil di kawasan Pensiangan.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)berkata demikian selepas melakukan lawatan ke pekan Pensiangan bagi meninjau keadaan jalan raya, Bangunan Mahkamah Anak Negeri Pensiangan dan Klinik Kesihatan Pensiangan pada Jumaat. 

“Kita dipihak kerajaan sentiasa mendengar dan melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat termasuk mereka yang tinggal di kampung-kampung terpencil” katanya.

Ghani bersama rombongan meninjau jambatan sungai Sosogoh yang sedang dalam pembinaan.

Terdahulu Ghani diberi taklimat oleh Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan Hendry Anjun tentang keadaan jalan raya dan tindakan yang diambil oleh pihak JKR untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk berkaitan jalan raya.

Pada masa sama Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)Pensiangan itu  berpesan kepada semua pemimpin di kawasan ini agar menasihati masyarakat dibawah jagaan masing-masing supaya sentiasa mematuhi SOP dan arahan kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID@19 di daerah ini.

Turut sama pada lawatan itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)NabawanDeckson Andipai, En Emran Majali Penolong Pegawai Kebajikan Nabawan Emran Majali, wakil dari Pejabat Daerah Kecil Pagalungan Randy Jafarin, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO)Nabawan Jabat Majilon,  Ketua Anak Negeri Mukim Pensiangan Atar Andipoh dan bekas Ketua Daerah Nabawan Ampat Tahol.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN