26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mac 16, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Penyalahgunaan dan pengedaran dadah – lelaki warga tempatan dicekup


RANAU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Daerah Ranau, baru-baru ini.


Hasil pemeriksaan ke atas saspek, polis telah merampas bahan disyaki dadah jenis syabu dalam simpanan suspek.


Hasil saringan ujian air kencing mendapati saspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.


Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan penjara tidak kurang dua tahun serta sebat tidak kurang dari tiga kali.


Kes juga disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.


Justeru, pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat jenayah atau dadah agar boleh berhubung lanjut di Balai Polis yang berhampiran.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN