25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penyalahgunaan dadah perlu diambil tindakan tegas : Robert Tawik

KENINGAU: Penyalahgunaan dadah yang dilakukan oleh individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab perlu diambil tindakan tegas pihak berkuasa bagi mewujudkan suasana masyarakat bebas dadah dan jenayah.

Menegaskan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor, Datuk Robert Tawik berkata, pihak berkuasa perlu membenteras habis-habisan semua salah laku berkaitan penyalahgunaan dadah yang dilakukan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab untuk mengelak sebarang perlakuan jenayah dan gangguan ketenteraman awam.

Katanya, sebagai wakil rakyat kawasan Bingkor, saban hari beliau mendengar beberapa keluhan termasuk aduan mengenai wujudnya kegiatan pengedaran dan ketagihan dadah dibeberapa kawasan kampung membabitkan beberapa individu tidak bertanggungjawab.

(Gambar Hiasan)….Najis Dadah musuh nombor satu negara.

“Kegiatan seumpama itu nyata merosakkan minda dan kehidupan mereka yang terjerumus. Pelbagai implikasi negatif boleh terjadi termasuk kes jenayah berat seperti rompakan, peras ugut dan pembunuhan. Jangan pandangan ringan dan wajar diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa”, tegas Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya II Negeri Sabah.

Dalam pada itu, Robert turut menyarankan agar kempen-kempen kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan najis dadah diperhebatkan khasnya dikalangan belia-belia serta pelajar sekolah oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Beliau yakin menerusi kempen tersebut, kesedaran mengenai bahaya salah laku jenayah dadah dapat diterapkan dalam minda kumpulan sasaran sekaligus mengajar mereka membenci najis dadah yang menjadi musuh nombor satu negara.

“Perhebatkan juga kempen-kempen kesedaran khasnya yang menyentuh tentang penguatkuasaan undang-undang jenayah dadah. Jadikan kumpulan sasaran sebagai rakan PDRM atau AADK untuk mereka menjadi mata dan telinga kedua-dua agensi tersebut untuk membantu menyalurkan apa juga maklumat mengenai jenayah dadah ditempat mereka”, jelasnya.

Selain itu, Robert turut bersedia memberikan kerjasama kepada agensi-agensi berkaitan dalam menjayakan semua program kesedaran jenayah dadah atas kapasitinya sebagai pemimpin masyarakat dikawasan Dun Bingkor dan salah seorang anggota Kabinet Kerajaan Negeri Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN