32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 26, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penunggang motosikal berkuasa besar maut dalam kemalangan jalan raya

KEADAAN…. mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Miri/Sungai pada tengah malam Jumaat.



LABUAN: Seorang lelaki tempatan maut selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Miri/Sungai Pagar, malam kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Fedelis Michael, 22, berasal dari Kuala Penyu maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas merempuh tayar hiasan di tepi jalan menyebabkan mangsa terhumban ke dalam parit.


Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Siperitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa yang menunggang motosikal secara bersendirian dipercayai dalam perjalanan dari arah UMS-KAL menuju kampung Layang-Layangan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


“Hasil siasatan awal polis mendapati, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa besar dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tayar hiasan di tepi kiri jalan yang menyebabkan mangsa terhumban ke dalam parit” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Sabtu.


Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, Muhamad Farid menasihatkan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal supaya sentiasa berhati hati ketika memandu terutama ketika hujan kerana keadaan jalan raya licin.

KEADAAN…. mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Miri/Sungai pada tengah malam Jumaat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN