26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PENUBUHAN SURUHANJAYA PERKHIDAMATAN AIR ANTARA PERKARA YANG DIMASUKAN DALAM HALA TUJU JANS: BUNG

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri merupakan salah satu perkara yang akan dimasukkan dalam Huju Tuju Jabatan Air negeri Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, pengwujudan suruhanjaya ini merupakan penyelasaian jangka panjang untuk menangani masalah air di Sabah.

Katanya, suruhanjaya ini akan mengawasi perkhidmatan air dan pembentungan di negeri ini.

“ Kita yakin penubuhan suruhanjaya air ini akan mengurangkan birokarasi dan meningkatkan kecekapan negeri mengurus masalah air yang sekian lama berlaku di negeri ini” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Hala Tuju Jabatan Air negeri Sabah Shangri-La Tanjung Aru Resort kemarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan agar Sabah membuat satu enakmen yang berfungsi seperti Akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta Suruhanjaya Perkhimdatan Air Negara seperti mana yang digunakan di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan ketika menjawap soalam Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau di Dewan Rakyat pada khamis lepas.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya dengan pengwujudan suruhanjaya Perkhidmatan Air akan mengubah imej perkhidamatan Air di negeri ini.

“ Pindaan terhadap enakmen air Sabah mesti dibuat di Dewan Uandangan Negeru terlebih dahlu sebelum dapat dilakukan” katanya

Sehubungan dengan itu menurut Bung bengkel tersebut merupakan forum yang paling sesuai bagi membincangkan secara terperinci pilihan yang ada dengan mengambilkira kebaikan dan keburukan setiap pilihan yang ada.

Bung berkata bagi menangani isu-isu bekalan air di Sabah JANS memerlukan sekitar 13 bilion bagi mengganti dan menaiktaraf sistem bekalan air seperti rangkaian paip lama dan menaiktaraf Loji Rawatan Air yang bermasalah,

“ JANS adalah satu-satunya utiliti air di Malaysia yang masih berstatus jabatan dan menguruskan bekalan airnya sendiri tanpa bantuan secara langsung dari kerajaan Persekutuan, dan kita berharap melalui suruhanjaya air yang bakal diwujudkan oleh kerajaan negeri nanti bantuan secara langsung dapat diperolehi dari kerajaan pusat untuk menampung kos perbelanjaan yang tinggi untuk meningkatkan sistem bekalan air di Sabah” jelas Bung.

Bung menambah melalui Bengkel Hala Tuju JANS yang diadakan selama tiga hari itu akan dapat mencari formula terbaik bagi menyelasaikan isu-isu bekalan air di Sabah dan seerusnya mengemukakan cadangan yang akan diangkat untuk perhatian kerajaan negeri.

Hadir sama di majlis tersebut Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Datuk Mohd Jasmin Juplin dan Pengarah Jabatan Air Sabah Ir Edward Linkapo.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN