Duduk Dari kiri..Ahmad Hj.Mahmood, Amiruddin, Pengiran Awang Damit Sahzain, Puan Razi Ibrahim, Dr.Nik Farah Nik Yusof Fuad dan Semat SelamatHABIS.
Oleh: Haji Mohd Amin Hj Muin
PUTATAN :Penubuhan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Putatan adalah diantara Perancangan Klinik Kesihatan Putatan ke arah Penjagaan Kesihatan dikalangan warga emas sekitar daerah Putatan.
Dan kelab ini dibawah naungan Panel Klinik Kesihatan Putatan dan seliaan Ketua Klinik Kesihatan Putatan Dr.Nik Farah Binti Nik Yusof Fuad
Demikian dinyatakan oleh Ahmad Hj.Mahmood selaku Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan, ketika ditemui selepas Pembentukan Jawatankuasa Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Putatan di Bilik Seminar klinik berkenaan
Menerusi Pemilihan Ajk Kelab Warga Emas itu yang dikekolakan oleh Dr. Nur Afifah Ab.Halikun dan Dr.Pengiran Nazrin Bin Pengiran Ak.Hussin dan dihadiri oleh Dr.Nik Farah Binti Nik Yusof Fuad yang dihadiri seramai 17 orang komuniti yang menetap di Putatan.
Pengiran Haji Awang Damit Sahzain bin Pengiran Haji Abd.Razak telah terpilih sebagai Pengerusi, diikuti oleh Puan Razi Binti Ibrahim sebagai Naib Pengerusi , manakala Setiausaha Puan Asiah Jamsun dibantu oleh Amiruddin Pramasivam bin Abdullah sebagai Penolong Setiausaha.
Puan Claudia Lea bertanggung jawab sebagai Bendahari, dan urusan Promosi Keahlian Kelab diketuai oleh Tuan Malai Mansor Bin Malai Kassim dibantu oleh Puan Faridah Tee.
Untuk Penyelarasan aktiviti kelab, mesyuarat telah melantik tiga (3) Ajk yang diberi tanggung jawab untuk mengatur setiap aktiviti yang dirancang. Mereka ialah Encik Eddros Ebrahim, Encik Semat Selamat dan Puan Aminah Osman.
Jelas Ahmad, antara aktiviti yang dirancang dalam Kalender atau Takwim Aktiviti Kelab Warga Emas tahun 2024 antaranya ialah Kelas Mengaji Al-Quraan, Kelas Masakan, Riadah Zumba, Riadah Santai, Berbasikal, Mengadakan Saringan Kesihatan untuk diri sendiri @ Ajk dan juga dikalangan komuniti.
Dalam Mesyuarat berkenaan Ketua Klnik Dr.Farah Binti Nik Yusof Fuad telah memberi Penerangan mengenai tujuan kelab Warga Emas ditubuhkan.
Dalam penerangan Dr.Nik Farah , beliau ada menyentuh mengenai Sambutan Hari Warga Emas yang disambut setiap 1 Oktober setiap tahun, dan ini juga dimasukkan dalam Takwim Aktiviti Tahun depan 2024.
Selain itu juga Program setiap hari perayaan seperti Sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Pesta Kaaamatan dan Christmas juga akan diadakan dalam konteks silaturrahim.
Mesyuarat telah dikelolakan bersama Dr.Lennard Jivan, dan Saris Ombuo, Mohammad Hisamuddin Bin Mohd.Arsad, Andreas Ansibin, Syamsul Azleey, Penolong Pegawai Perubatan, Sr.Hamilah binti Abd.Jalil, Jururawat, Hasmuridan Hanapi , Jurupulih Carakerja dan Noor Azizierah Binti Mohd. Yunus, Jurupulih Fisoterapi.
Ahmad berharap menerusi Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Putatan akan lebih ramai warga emas di Putatan dengan mendaftar untuk menjadi ahli agar mereka tidak terlepas pandang dalam aspek penjagaan kesihatan dalam menempuh hari menuju era penuaan dengan lebih sempurna.
Diantara yg hadir dan menjadi Ahli Kelab Warga Emad Klinik Kesihatan Putatan kumpulan pertama ialah Ahmad Mahmood, Tuan Hj.Ag.Damit Sahzain Pg.Abd.Razak, Malai Mansor Malai Kassim, Puan Radzi Ibrahim, Puan Sarimah Assi, Puan Faridah Tee, Encik Semat Selamat, Puan Aminah Osman, Puan Fatimah Binti Hj Arsin, Puan Hjh.Aziah, Puan Asiah Jamsun, Puan Claudina Lea, Encik Osman Ahmad, Hj.Md.Amin Bin Hj.Muin, Puan Iris Voo @ Irziah Abdullah, Encik Amiruddin Pramssivam Bin Abdullah, dan Encik Eiddros Ibrahim..