32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pensyarah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan menang Anugerah Emas di InTEX23

SITI NUR  AQILAH (tiga kanan) dan Dr Aminah Shari (dua kanan) menerima anugerah daripada Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

LABUAN: Empat pensyarah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) meraih Anugerah Emas di Pertandingan UNIMAS Innovation and Technology Exposition 2023 (InTEX23) yang telah diadakan di, Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Dengan kejayaan itu, Siti Nur Aqilah Ab Wahab, Dr. Aminah Shari, Minah Japang dan Dr. Emily Yapp Hon Tshin menerima trofi dan sijil.

Mereka mencapai kejayaan bagi projek inovasi yang bertajuk “UMS Stock Trading Competition (STC) for the novice Module I”, bagi kategori Sains Sosial dan Kemanusiaan.

EMPAT pensyarah FKAL dari kanan, Dr. Emily Yapp Hon Tshin, Siti Nur Aqilah Ab Wahab, Dr. Aminah Shari dan Minah Japang.

Projek tersebut tertumpu pada pembikinan modul untuk sumber pendidikan dan pembangunan kemahiran kepada penyediaan pertandingan dan pengalaman perdagangan praktikal.

Modul ini bertujuan untuk memperkasakan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengemudi dunia perdagangan saham dengan jayanya.

Pendekatan inovatif ini memperkasakan individu dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam bidang perdagangan saham yang kompleks.

Selain itu, secara tidak langsung memberi manfaat kepada komuniti dan masyarakat.

Projek ini berupaya memberikan impak positif kepada sektor pendidikan berkualiti dan memastikan kerja yang baik dan pertumbuhan ekonomi sejajar dengan matlamat SDG.

Empat kategori utama telah dipertandingkan iaitu Sains Tulen, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi dan Kejuruteraan serta Sains Sosial & Kemanusiaan.

Pertandingan inovasi ini turut disertai oleh lebih daripada 150 perserta dari seluruh universiti awam dan swasta serta institut pendidikan tinggi di seluruh negara.

Majlis Penyampaian Anugerah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN