25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penjawat Awam Labuan diseru daftar Program Imunisasi COVID 19 segera

KOD BAR… Rithuan (kanan)  bersama Dr Ismuni ketika melancarkan kod bar pendaftaran Program Vaksinasi COVID 19 sambil diperhatikan Supian (tengah)

LABUAN: Penjawat awam di pulau ini di seru mendaftarkan diri untuk Program Imunisasi COVID19 dengan  segera agar menjadi contoh kepada masyarakat untuk mengambil vaksin yang disediakan secara percuma oleh kerajaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata,  penjawat awam perlu memainkan peranan  dalam  menyebarluaskan nilai nilai positif dan mesej mesej yang  penting kepada masyarakat  di semua peringkat.

“Kita juga  perlu mengingatkan  saudara-mara dan rakan-rakan untuk turut serta dalam program imunisasi ini, pastikan kita hadir pada waktu yang telah ditetapkan kerana apabila diri kita dilindungi, kita juga dapat melindungi yang lain terutama orang yang disayangi” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan  Program Malaysia Prihatin: Taklimat Isu-Isu Semasa dan Pemvaksinan COVID 19  di Labuan International Golf Club (LIGC) di sini pada Ahad.

Rithuan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan turut mengingatkan semua pihak agar terus memperkasa amalam pembudayaan norma baharu dalam kehidupan seharian dengan meningkatkan kesedaran kawalan kendiri.

“Kita perlu menganggap diri kita semua sebagai petugas  barisan hadapan yang sentiasa mematuhi kepada SOP yang sedia ada. Kita juga  perlu sentiasa berwaspada untuk mengelakkan daripada wujudnya kluster-kluster baharu yang menyebabkan peningkatan kes-kes positif COVID 19 di negara kita” katanya.

Pada program itu.  Rithuan turut melancarkan kod bar pendaftaran Program Vaksinasi COVID 19 hasil inisiatif  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Labuan. Kod bar itu hanya terpakai di Labuan sahaja dan akan diletakkan di tempat strategik sekitar Labuan.

Program tersebut yang  dianjurkan bersama Jabatan Penerangan (JaPen) Labuan dengan kerjasama Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan telah disertai oleh 70 peserta yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari menyampaikan taklimat mengenai Program Imunisasi COVID-19, manakala Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan, Amirul Hadi Idham menyampaikan taklimat berkenaan isu-isu kepenggunaan.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa dan Pemangku Ketua Polis Labuan, Mohd Ibrahim Mohd Ghani.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN