TUNJUK…. Dr Fary (dua kiri) menunjukkan poskad e-Census selepas diberikan taklimat mengenai Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 oleh Shaliza (dua kanan)
LABUAN: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman menyeru semua Penjawat Awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan untuk mengisi dan mengemaskini data e-Census Banci dan Perumahan Malaysia 2020 secara online.
Beliau berkata demikan sempena Kunjungan Hormat Ketua Pejabat Operasi Labuan, Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan, Shaliza Mohd Hasli @Bob di pejabatnya di Wisma Perbadanan Labuan, pada Rabu.
Pada sesi kunjungan hormat itu Shaliza telah memberikan taklimat mengenai Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 disamping menyerahkan poskad mengandungi Invitation Code bagi pengisian e-Cencus Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.
Ketika menyampaikan taklimat, Shaliza berkata data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 adalah penting bagi mengenalpasti saiz, taburan, komposisi dan ciri sosio-ekonomi penduduk serta perumahan di Malaysia.
“Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk merancang, menggubal dan melaksanakan polisi Kerajaan Malaysia untuk tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat pada masa hadapan” katanya.
Sebelum ini, Shaliza bersama staf telahpun mengadakan kunjungan hormat terhadap Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias bagi tujuan yang sama.