30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Semai integriti, kerjasama dan saling hormat menghormati antara warga KPLB Sabah-Ewon

Oleh Cleo Will / Foto: Marryan Razan


KUNDASANG: Para penjawat awam, khususnya kakitangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa menjalankan tugasan harian mereka.

Ewon (tengah) menyampaikan sijil kepada wakil peserta Nazri, turut kelihatan, Fredian (dua dari kanan), Serbini (kiri) dan Mohd Yasin (kanan).


Menteri KPLB Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, expektasi semua orang temasuk masyarakat awam ialah untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik setiap kali berurusan dengan kementerian itu.


“Dalam kita berusaha untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan segera, perlu diingat bahawa kita perlu mengikut peraturan serta s.o.p yang ditetapkan supaya sesuatu permasalahan diselesaikan dengan segera.


“Perlu difahami juga bahawa terdapat urusan yang perlu mengambil masa sedikit untuk diselesaikan kerana adanya prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Oleh itu, perlu lebih mesra kepada para pelanggan kerana ramai antara mereka yang datang dari jauh.


“Justeru para kakitangan KPLB perlu mengingatkan antara satu sama lain tentang peraturan-peraturan yang sewajarnya dengan cara ramah untuk mengekalkan semangat kekitaan antara satu sama lain,” kata beliau.

Para peserta kursus bergambar bersama penceramah.


Ewon, yang juga merupakan Adun Kadamaian berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penutupan Program Pemantapan Diri Pegawai-Pegawai KPLB Sabah di Hotel Perkasa Kundasang pada hari Isnin.


Program yang melibatkan 39 orang peserta dan diadakan selama tiga hari dua malam itu turut dianjurkan bersama dengan Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN), dan merupakan program yang pertama dalam sejarah KPLB Sabah.


Menurut Ewon, program tersebut menyentuh elemen-elemen yang berkaitan dengan pembentukan sikap positif di kalangan para peserta kepertanggungjawaban, kepentingan komunikasi berkesan, pengurusan kepimpinan serta peningkatan integriti seperti soal kerjasama yang efisien.

Ewon bergambar bersama para peserta kursus.


“Sempena program ini, saya memohon agar semua peserta untuk bersama-sama menyemarakkan lagi rasa kebersamaan dalam Kementerian ini dan menyemai unsur- unsur budaya, integriti, serta semangat kerjasama dan saling hormat-menghormati antara warga KPLB,” jeas beliau.


Turut hadir dalam majlis itu antaranya ialah Setiausaha Tetap KPLB Fredia Gan, Pengarah INSAN Serbini Jadin, Pegawai Daerah Ranau Mohd Yassin Ibrahim, para pegawai KPLB dan INSAN dan lain-lain.-TAMAT-

Ewon bergambar bersama para peserta kursus.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN