27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penjawat awam diingatkan untuk terus memberi perkhidmatan terbaik: Samad

Samad (duduk tiga dari kiri), Ghani (dua dari kiri), Neldin (kiri), Peter (dua dari kanan) dan Francis (kanan) bergambar kenangan bersama kakitangan Pejabat Daerah Nabawan dan Pejabat Daerah Kecil Pagalungan yang menerima APC.

KENINGAU: Kakitangan kerajaan diingatkan untuk terus memberi perkhidmatan terbaik dalam membantu kerajaan membangunkan kawasan luar bandar di negeri ini.

Menurut Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Samad Jambri berharap agar pegawai-pegawai yang baru diharap dapat memberi komitmen, semangat dan iltizam yang tinggi untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik di kawasan masing-masing.

Katanya, buat masa ini Daerah Nabawan dan juga Daerah Kecil Pagalungan adalah merupakan salah satu daerah yang menjadi tumpuan kerajaan untuk difokus berkenaan pembangunan luar bandar.

“Kita harap dengan kepimpinan baru di kedua-dua daerah ini iaitu Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan dengan komitmen dengan semangat dengan iltizam yang tinggi pembangunan dapat difokuskan” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Majlis Perpisahan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Nabawan dan Pejabat Daerah Kecil Pagalungan di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, menyambut baik usaha kerajaan yang memfokuskan kepada pembangunan di Daerah Nabawan kerana bersempadan dengan Kalimantan Indonesia.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Nabawan, berkata bahawa beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam setiap perancangan dan pelaksanaan oleh kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Yang diraikan pada majlis itu, bekas Pegawai Daerah Nabawan Neldin Gimbang yang berpindah sebagai Pegawai Daerah Keningau digantikan oleh Peter Jiton sebagai Pegawai Daerah Nabawan yang sebelum ini Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan dan Francis Stephen sebelum ini Penolong Pegawai Daerah Nabawan (Pembangunan) dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Pagalungan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN