Robert dan Harun merakamkan gambar kenangan bersama komuniti tagal Kampung Gasabon selepas melepaskan benih ikan dan merasmikan tagal kampung itu.
KENINGAU: Penjagaan sungai dan alam sekitar adalah tanggungjawab penduduk atau komuniti di kawasan di kawasan berkenaan.
Pembantu Menteri Kerja Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, sungai yang tercemar bukan sahaja menjejaskan sumber air penduduk tetapi hidupan di sungai juga akan pupus.
Justeru itu katanya, peranan komuniti dalam sesebuah kampung yang berhampiran dengan adalah penting bagi menjaga sungai agar tidak teremar.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian
samasa berucap merasmikan program
Pelepasan Anak Ikan Tempatan Tagal Sungai Gasabon di Kampung Gasabon.
Pada program itu Robert bersama Pegawai Perikanan Wilayah Keningau Harun Duin dan pemimpin masyarakat melepaskan sebanyak 1000 ekor benih ikan salap/lampam tempatan ke dalam sungai akan menambah jumlah ikan sedia ada di sungai itu.
Beliau berharap penduduk setempat di ingatkan agar sama-sama menjaga kelestarian hidupan sungai serta menjaga sistem tagal kampung ini dengan sebaik-baiknya.
Sementara itu Pegawai Perikanan Wilayah Keningau Harun Duin berharap agar sistem tagal komuniti ini dapat menyumbang kepada kelestarian hidupan sungai demi kelangsungan ekosistem yang semakin terancam oleh arus pembangunan masa kini.
Katanya, program ini adalah kesinambungan daripada pelancaran sistem tagal tiga buah kampung yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk seri Panglima Dr.Jeffrey Kitingan di Kampung Kapayan Lama pada Tahun 2020.
Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Junior Fred, Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Joakim dan pemimpin setempat.



