ADVERTISEMENTspot_img

Peningkatan jumlah anjing liar berkeliaran sekitar pekan Ranau, ancam keselamatan.

Gambar terkini, 02 Jun 2021- Sebahagian anjing-anjing liar yang berkeliaran sekitar pekan Ranau.

RANAU: Anjing bebas berkeliaran siang dan malam di kawasan pekan di sini  membangkitkan kebimbangan mengenai keselamatan orang ramai.

Ramai warga pekan Ranau yang menghubungi penulis, menyatakan kerisauan mereka jika puluhan anjing liar itu dibiarkan berkeliaran selain jumlahnya yang semakin meningkat saban hari.

Mereka mengsyorkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Majlis Daerah Ranau (MDR) dengan kerjasama  Persatuan Pencinta Haiwan  atau Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut daripada berterusan.

“Tong-tong sampah bertaburan di sana- sini diselongkar anjing-anjing tersebut dan membahayakan orong ramai”, jelas Apar Bin Isyak dari Kg.Paka  Dua Ranau.

Orang ramai turut berasa bimbang dengan anjing-anjing liar itu kerana menurut mereka seorang budak perempuan luka di bahagian kaki digigit  salah seekor anjing berkeliaran itu, baru-baru ini.

“Mujur ibu bapa budak dari daerahTelupid sempat menyelamatkan anaknya dan menghantar untuk rawatan di Klinik Dr.Tracy di pekan Ranau”, jelasnya.

Difahamkan tidak dibenarkan sesiapa membunuh anjing-berkeliaran itu kerana tertakluk dibawah undang-undang kecil Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN