Peniaga sekitar simpang Bongkud-Perancangan, mohon pihak berkenaan memasang penghadang kelajuan kenderaan

Home ADUAN RAKYAT Peniaga sekitar simpang Bongkud-Perancangan, mohon pihak berkenaan memasang penghadang kelajuan kenderaan
Peniaga sekitar simpang Bongkud-Perancangan, mohon pihak berkenaan memasang penghadang kelajuan kenderaan

Ahmad Abdullah menunjukkan keadaan jalan raya berdekatan dengan gerai-gerai peniaga disekitar Kg.Bongkud.

RANAU: Peniaga disekitar tepi jalan Kg. Bongkud menyarankan agar pihak berkenaan memasang beberapa buah penghadang kelajuan kenderaan di lokasi-lokasi bersesuaian berhadapan dengan permis perniagaan mereka.

Keluhan itu disuarakan berikutan terdapat pemandu-pemandu kenderaan termasuk motorsikal yang sering memandu laju setiap kali melalui jalan tersebut.

Seorang peniaga yang ditemui, Ahmad Abdullah, 60 tahun berkata, kelajuan kenderaan yang dipandu kadang kala melebihi had laju yang ditetapkan. Ia sudah tentu membahayakan nyawa mereka yang berkunjung ke permis-permis perniagaan yang ada dikawasan tersebut termasuk orang awam.

“Jalan dihadapan permis perniagaan sekitar kampung ini agak lurus dan seringkali terdapat pamandu yang memandu agak laju. Bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku, disarankan agar penghadang kelajuan dipasang dilokasi yang sesuai dipasang”, jelas Ahmad ketika ditemui pada Isnin.

Tinjauan dilokasi jalan raya disepanjang kawasan gerai-gerai perniagaan berkenaan dianggarkan sekitar 1 kilometer yang meghubungkan beberapa buah kampung berdekatan antaranya Kg.Namaus, Kg.Narawang dan Kg.Langsat.