TINJAU…Jumain (kiri) ketika meninjau bazar Ramadan di Pekan Ranau, pada Khamis
RANAU: Peniaga bazar Ramadan di sini, diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan kualiti juadah berbuka puasa yang dijual kepada para pengunjung sepanjang bulan Ramadan.
Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd Ghani berkata, kebersihan merupakan faktor yang paling penting bagi pengendali makanan mengendalikan perniagaan makan dan minum.
Katanya, antara faktor penyumbang makanan dan minuman tercemar, ialah makanan terdedah kepada lalat dan habuk, sikap peniaga kurang menjaga kebersihan, dan sumber air yang tidak selamat.
āAspek yang perlu dititikberatkan antaranya makanan yang dipamer perlu dibungkus atau ditutup dengan plastik-lutsinar selain penyedia makanan mempunyai Sijil Kesihatan, wajib memakai penutup kepala dan sentiasa dalam keadaan bersih.
āHasil tinjauan di Bazar Ramadan di Pekan Ranau petang kemarin, saya mendapati para peniaga rata-rata mematuhi peraturan dalam penyediaan juadah, namun didapati ada juga peniaga kurang menitikberatkan aspek kebersihan,ā katanya kepada Borneo Daily Bulletin.
Jumain yang juga Pengerusi Majlis Daerah Ranau (MDR) menegaskan, pihak penguatkuasa MDR akan sentiasa melakukan pemantauan untuk memastikan peniaga mematuhi peratuaran termasuk tidak membuang atau meninggalkan sampah sarap di tapak bazar.
Dalam masa yang sama, beliau turut berharap peniaga bazar di sini, menawarkan juadah yang berkualiti baik dengan harga yang berpatutan.