27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pengusaha produk makanan Labuan berpeluang luaskan pemasaran

RISWAN (kiri)  menunjukkan sebahagian produk  tempatan yang  dihasilkan oleh pengusaha kecil kecilan untuk dijual kepada pengunjung .

LABUAN: Pengusaha kecil kecilan yang mengusahakan produk makanan tempatan berpeluang untuk menambah pendapatan dengan menghantar produk mereka ke sebuah syarikat food vendor  Minimart dan cafe  yang terletak di Lot 7 Medan Maeda Terminal Feri penumpang lama di pusat bandar, di sini.

Pengurus syarikat Minimart and Cafe, Riswan Abdul Salim berkata, pihaknya mengalu-alukan pengusaha khususnya mereka yang terlibat dalam industri kecil sederhana (IKS) untuk  membantu menambah pendapatan mereka dengan menghantar hasil produk  ke minimart miliknya.

“Setakat ini kami    telah menerima lebih 50 jenis produk makanan seperti kuih kering, biskut dan  pelbagai jenis kuih dan  kek telah dihantar ke minimart kami untuk diniagakan kepada pengunjung utama kami yang sebahagian besarnya adalah pekerja minyak dan gas” katanya di sini kelmarin.

Riswan yang juga pengusaha dalam bidang binaan  berkata, minimart dan cafe baharu sahaja beroperasi pada awal bulan November lalu  lebih menumpukan kepada perniagaan berasaskan produk makanan yang dihasilkan oleh pengusaha kecil kecilan bukan sahaja untuk membantu golongan tersebut menambah pendapatan  tetapi juga dapat mempromosikan produk mereka kepada pengunjung luar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN