26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengusaha premis Gunting Rambut, Saloon Kecantikan ucap terima kasih

KEMBALI BEROPERASI..Antara kakitangan Ammy sedang mendandan rambut pelanggan.

RANAU: Para pengusaha premis Kedai Gunting Rambut dan Saloon Kecantikan  di pekan di sini, merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan mereka beroperasi selepas terhenti kira-kira 3 Bulan lepas berikutan Covid-19 yang kini masih menular dan menjadi wabak seluruh dunia.

Salah seorang pengusaha Saloon Kecantikan, Salomih@Immie Mahap 52, yang juga cukup dikenali kawan-kawannya sebagai Ammy amat berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan para pengusaha Saloon Kecantikan beroperasi meskipun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) sehingga 31Ogos, 2020.

Menurutnya, mereka beroperasi dengan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Beliau memaklumkan, selepas mengikuti kursus Kemahiran Malaysian Vocational Training Operator dan mendapat Sijil melayakkannya untuk membuka sendiri ruang perniagaan Kecantikan.

“Ammy mengajak rakan-rakan termasuk para pelanggan supaya sama-sama pematuhi SOP yang ditetapkan terutama mengamalkan penjarakan sosial (1 meter) antara satu sama lain, memakai Face Shield (alat pelindung muka), memeriksa suhu setiap pekerja dan pelanggan, kerap basuh tangan menggunakan sabun atau hand Sanitizer” jelas Ammy.

Beliau yang telah menceburi bidang saloon Kecantikan sejak tahun1987 dan membuka kedai saloon kecantikan pada 1997 dan menyambung kursus Kemahiran untuk membuka ruang kecantikan atau kursus-kursus jangka pendek, kini saloon Ammy menjadi tumpuan ramai pelanggan terutama kaum Wanita yang inginkan agar sentiasa cantik dan anggun dengan bayaran mampu milik. – borneodailybulletin.com

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN