31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pengusaha penginapan, aktiviti riadah kawasan berisiko diarah henti operasi serta-merta: PBT

NOTIS…. Notis bertarikh 23 Disember 2022 yang dikeluarkan PBT (Majlis Daerah Ranau)

RANAU: Semua pemilik premis penginapan di daerah ini khususnya kawasan Kundasang yang tidak mempunyai Sijil Menduduki Bangunan (OC) agar menghentikan pengambilan tempahan daripada pelanggan.

Notis serta arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bertarikh 23 Disember 2022 turut melarang sebarang aktiviti riadah di kawasan berisiko tinggi dengan serta merta.

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, (MDR) Jupirin Haji Ruhimin berkata, tindakan itu diambil berikutan pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Kerajaan Tempatan Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“MDR telah diarah untuk memaklumkan kepada semua pemilik premis penginapan yang masih belum mendapat OC) untuk menghentikan pengambilan tempahan daripada pelanggan dengan serta merta.

“Larangan ini juga melibatkan semua pemilik penginapan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), tetapi berselindung atas nama “Homestay”,

Jupirin juga berkata, pada masa yang sama, semua pemilik-pemilik premis yang dimaksudkan digesa mengemukakan pelan bangunan yang disediakan oleh arkitek berdaftar kepada MDR untuk tujuan pemutihan.

Tegas beliau lagi, arahan serta notis makluman telah berkuatkuasa dengan serta merta dan perlu dipetuhi semua pihak yang berkenaan.

“Kegagalan untuk mematuhi notis ini, boleh dikenakan tindakan dengan menggunakan undang-undang kecil (building by law) yang memberi kuasa kepada PBT meroboh bangunan tersebut tanpa membayar sebarang ganti rugi kepada pemilik”, tegas Jupirin.

Jupirin juga berkata, dalam hal berkaitan, PBT turut mengarahkan semua pengusaha riadah melibatkan aktiviti mendaki bukit, berkayak, dan berkhemah di lereng bukit dan juga tepi sungai, dihentikan serta-merta sehinggalah keadaan cuaca mengizinkan aktiviti tersebut diteruskan.

Menurut beliau, arahan ini dikuatkuasakan sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan kejadian tidak dingini berlaku seperti tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang mengorbankan puluhan nyawa.

“Sehubungan dengan itu, adalah dimohon agar kehendak notis ini dipatuhi bagi mengelak sebarang tindakan undang-undang diambil,” jelas Jupirin.

Menurut PBT, lebih 100 buah penginapan di daerah Ranau, khususnya kawasan Kundasang dikenal pasti tidak mempunyai Sijil Menduduki Bangunan (OC).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN