25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengurangkan peruntukan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta kurang praktikal untuk Sabah: Kong

KOTA KINABALU: Keputusan Perdana Menteri untuk mengurangkan peruntukan pembangunan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta kurang praktikal khasnya bagi dua negeri yang besar seperti Sabah dan Sarawak serta kawasan padat pengundi.

Menyatakan perkara itu, Ketua Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (StarSabah), Kong Soon Choi berkata, Perdana Menteri perlu menilai semula keputusan tersebut agar tidak menjejaskan perancangan membangunkan kawasan Parlimen.

“Misalnya di Sabah dan Sarawak, keluasan sebuah kawasan Parlimen boleh melebihi tiga atau empat negeri di Semenanjung, sudah tentu jika peruntukan tersebut dikurangkan, ia menjejaskan perancangan pembangunan yang telah dirancang oleh ahli parlimen dikawasan berkenaan”. Jelasnya dalam satu kenyataan pada Ahad

Kong yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagaimanapun yakin, Perdana Menteri mempunyai perancangan strategik disebalik keputusan tersebut dan berharap dalam belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan, semua pihak akan menikmati pelbagai insentif lebih menarik.

“Kita bimbang perancangan membangunkan kawasan akan terjejas khasnya di kawasan pedalaman yang bergelut dengan pelbagai masalah seperti kerosakan jalan raya dan infrastruktur lain. Begitu juga dengan beberapa negeri yang kini dilanda musibah banjir, sudah tentu rakyat memerlukan bantuan sewajarnya”. Katanya.

Pada jumaat, Perdana Menteri mengesahkan terdapat pengurangan elaun pembangunan ahli parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Anwar dilaporkan berkata, pengurangan elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Elaun tersebut merupakan peruntukan pembangunan untuk ahli parlimen selaras dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta Pegawai Pembangunan Negeri.

Bagaimanapun, kerajaan sedia mempertimbangkan untuk memberi peruntukan pembangunan tambahan kepada ahli parlimen bagi projek mendesak seperti memperbaiki infrastruktur surau, jalan raya dan sungai yang mengalami kerosakan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN